Rancang menu hidangan untuk keluarga :
- Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resipi mengikut cara yang dicadangkan di dalam buku ini.
- Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan.
- Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan.
- Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan.
- Hidangkan makanan yang baru dimasak.
- Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.
Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.
Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus. Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis.
Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari:
- Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
- Rancang waktu mengikut waktu biasa.
- Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama.
- Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan.
Menyediakan Hidangan Yang Sihat
Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:
- Buangkan lemak daging dan kulit ayam.
- Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir.
- Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran.
- Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan.
- Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah.
- Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak.
- Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu.
- Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran.
- Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran.
- Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk.
- Elakan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama.
- Bahan makanan yang mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.