Sakit Sendi (Arthritis) sangat membebankan. Ada tak Suplimen Shaklee untuk masalah sakit sendi

Penyakit ini menyeksakan jutaan manusia di seluruh dunia. Arthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit berkaitan penuaan) yang kronik dan berbeza daripada jenis sederhana sehingga ke tenat dan melemahkan. Arthritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuk kemerahan, bengkak, keempukan, kekakuan, rasa sakit sakit dan kepanasan di kawasan terbabit. Ada lebih 100 jenis arthritis termasuk osteoarthritis, arthritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan penyakit gout.

Arthritis paling biasa ialah osteoarthritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’/‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.

Osteoarthritis
----------------
Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalahjenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.
Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.
Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.



Fakta Rawan
--------------
  • Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
  • Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.
  • Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.


Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
-------------------------------------------
  • Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.
  • Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat.Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
  • Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat.Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
  • Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.
  • Mengambil suplemen glukosamina membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.
  • Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan ekstrak Boswellia jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glukosamina yang biasanya sennag diserap.  
Shaklee menawarkan suplimen berasaskan sumber semulaadi dan berkualiti untuk membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan sendi. Jom baca info menarik di bawah atau klik di sini (nota penuh)














Redakan penderitaan anda dengan suplimen Shaklee Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard & Ostematrix. Ternyata kelebihan suplimen Shaklee sentiasa Selamat, Mesra Alam, Semulajadi & Berkesan.

Testimoni akan dikongsikan next entri ^__^


Sekiranya anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya,





Siti Hajar [mamabusyra] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 862681 ]
sms/whatsapp 012 4494611 | mamabusyra@gmail.com |

Benarkah suplimen membantu atasi masalah Kesuburan? Suplimen Shaklee ada jawapannya

Antara tips untuk meningkatkan tahap kesuburan bagi pasangan berkahwin adalah dengan mengambil suplimen/vitamin . Mengapa perlu suplimen untuk tingkatkan kadar kesuburan kedua-dua pasangan suami isteri?


Pengambilan vitamin dan mineral semulajadi mampu meningkatkan kesuburan bagi pasangan-pasangan yg sedang berusaha mendaptakan zuriat. Suplimen ini bertindak secara aktif bagi menstabilkan hormon serta meningkatkan taraf kesihatan badan di mana ianya sangat penting bagi meningkatkan peluang utk sperma dan ovum disenyawakan. Suplimen adalah satu keperluan apabila individu gagal untuk mendapatkan segala nutrient yg diperlukan dlm bdn melalui diet harian. Di tambah dgn amalan cara hidup yg kurang sihat seperti pengambilan makanan yang tidak seimbang, merokok dan pengambilan alcohol, kadar masalah kesuburan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Sebenarnya, menurut kajian yang dibuat oleh Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh dinaikkan dengan pengambilan Multivitamin & Multimineral. Jadi mari kita lihat satu persatu bagaimana Vitamin Shaklee ini membantu dalam kesuburan.

Vita-Lea with Iron Formula (multivitamin & multiminerals)
Multivitamin dan Multimineral (Vita Lea) membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Pendekata ia memenuhi ruang-ruang kosong dalam tubuh kita di mana mungkin kita tak cukup vitamin/mineral dari diet kita. Jadi bila badan dah cukup nutrisi, pasti ia dapat berfungsi dengan lebih cekap.


B-Complex with Acid Folic (lengkap dengan kesemua jenis vitamin B & Acid Folic)
Pengambilan Vitamin B-Complex terutamanya  asid folik,  Vitamin B6 dan B12 amatlah digalakkansebelum berusaha mendapatkan anak. Biasanya pengambilan asid folik diteruskan sehingga kandungan mencecah 12 minggu. Pengambilan asid folik bersama-sama dengan vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.


Kekurangan zinc merubah keadaan kromosom dlm tubuh badan dan boleh mengurangkan kadar kesuburan baik lelaki mahupun wanita. Zinc menggalakkan tubuh badan menggunakan secara efisien hormon estrogen dan progestron untuk wanita. Kekurangan zinc di awal kehamilan meningkatkan risiko keguguran. Bagi lelaki pula, zinc amat penting utk mengekalkan penghasilan hormone testosterone. Kekurangan zinc boleh mengurangkan bilangan sperma. Zinc ditemui dalam kepekatan yg tinggi di dlm sperma, dimana ianya diperlukan utk pembentukan bahagian luaran serta ekor sperma.


Vita-E Complex with Selenium & Grape Seed extract
Vitamin E adalah salah satu anti-oksida yang membantu dlm mengatasi masalah kesuburan sama ada utk wanita mahupun lelaki. Fungsi anti-oksida ini dikatakan mampu menghasilkan sperma dan ovum yg lebih berkualiti. Terdapat kajian yg menunjukkan apabila pasangan yg melakukan prosedur IVF mengamalkan vitamin E, peratusan kejayaan prosedur tersebut meningkat dari 19% ke 29%.
Selenium juga salah satu anti-oksidan yang menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas.Selenium mengelakkan kerosakan kromosom, seterusnya membantu dlm mengurangkan risiko kecacatan janin dlm kandungan dan keguguran. Selenium juga membantu untuk memaksimakan penghasilan sperma dan menjadikan sperma bergerak lebih tangkas




Vita-C 500mg sustained release / Vita C Chew 100mg
Vitamin C juga merupakan anti-oksidan seperti vitamin E. Kekurangan vitamin C menyebabkan sperma ‘bergumpal’ atau ‘berkumpul’ dan tiada kekuatan utk berenangsecara spontan dan tangkas dimana keadaan ini akan mengurangkan peratus sperma dan ovum berjaya disenyawakan. Bagi perokokpengambilan vitamin C amatlah digalakkanBahan kimia dan racun yg terkandung di dalam rokok boleh menjejaskan kualiti sperma. Sifat anti-oksida vitamin C ini akan meneutralkan bahan-bahan kimia tersebut. Kajian menunjukkan apabila seorang perokok mengambil vitamin C sebnyk 500mg sehari, ianya dpt mengurangkan ‘penggumpalan’ sperma serta meningkatkan kuantiti dan kualiti pergerakan sperma. Bagi wanita yang dipreskripsikan dgn clomiphene, sejenis ubatan berfungsi utk menstimulasikan ovulasi, kadar ovulasi adalah lebih tinggi apabila di ambil bersama-sama dengan Vitamin C


Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid(makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).


GLA Complex (asid gamma linolenik (GLA), Vitamin E, sunflower seed oil)
Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?
GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.
Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? 
Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.
Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.  credit

Ringkasannya,
Berikut ialah senarai keperluan pengambilan suplimen/vitamin harian agar tubuh badan si suami dan isteri sihat bertenaga seterusnya boleh meningkatkan kesuburan buat lelaki dan wanita:

Asid Folik 400 mcg setiap hari.
Vitamin B6, 50 mg setiap hari.
Vitamin B12, 50 mcg setiap hari.
Vitamin C, 1,000 mg setiap hari.
Vitamin D, 800-1,000 IU setiap hari.
Vitamin E, 50-100 IU setiap hari.
Selenium, 50-100 mcg setiap hari.
Zinc, 15-50 mg setiap hari.

TIPS Penting:
(1) Tidak perlu mengambil vitamin prenatal sebagai tambahan kepada multivitamin yang sedang anda makan. Dan, jangan lupa untuk memeriksa label untuk memastikan anda tidak lebih sukatan (double-dosing) untuk setiap suplemen yang dinyatakan di atas.
(2) Tidak perlu ambil dos suplemen berlebihan semata-mata kerana cuba untuk hamil, kerana jika terlebih dos tidak kira dalam apa jua situasi kesihatan adalah tidak baik untuk anda. Kunci utamanya ialah bersederhana dan mengikut keperluan.
(3) Minum lebih dari secawan kopi (atau, minuman kafein yang setara) akan mengurangkan peluang anda untuk cuba hamil.
(4) Jauhi juga minuman penenang yang mengandungi melatonin - ia akan mengganggu jumlah sperma dan mempengaruhi hormon.
(5) Amalkan suplimen semulajadi, adalah yang terbaik! (pilihan natural vitamin SHAKLEE adalah terbaik!!)

Jika anda atau rakan2 anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat dimanfaat dan di kongsikan bersama-sama. This is the least that you can do, before consulting with the experts and getting those expensive treatments. No harm trying right?



Dan, ingatlah, kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan.. Jadi, bagi anda yang ingin berikhtiar, boleh cuba saranan ini sebelum bertindak lebih jauh, mengeluarkan belanja lebih besar utk rawatan mendapatkan anak..


Untuk pertanyaan & membuat pesanan,
siti hajar (mamabusyra) 
shaklee ID : 862681
sms/whatsApp :  012 4494611
email : mamabusyra@gmail.com

Panduan Penting untuk Proses Penyimpanan Susu Ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.


Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
  • Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A) / Storage bottle
  • Bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware Brands)
  • Breast milk storage liners (zipper storage bag) yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:
  • Di dalam suhu bilik (19' hingga 26'C) tahan sehingga 4 jam
  • Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (suhu kurang 4'C) tahan sehingga 12~24 jam
  • Di dalam peti sejuk (suhu kurang 4'C) tahan sehingga 5~7 hari
  • Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18' hingga -20'C) tahan antara 3 hingga 6 bulan. Rujuk di sini untuk info terperinci.

Panduan ASAS Penyimpanan Susu Ibu
  • Bekas penyimpanan susu ibu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Boleh guna bottle steam sterilizer untuk mudah dan cepat proses membunuh kuman.
  • Catatkan tarikh perahan dan labelkan pada bekas susu sebelum menyimpannya.
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi iaitu satu bekas khusus untuk satu sesi penyusuan, contohnya 2~4 oz sahaja setiap bekas.
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan proses pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.
  • Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk.
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (disebabkan kekerapan membuka dan menutup pintu sejuk)
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar.
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi untuk digantikan jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk.

warmer (pemanas susu) memudahkan ibu-ibu memastikan suhu susu tidak melebihi 40'C
Info tambahan berikutan soalan-soalan lazim yang sering dibangkitkan
  1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack (yg beku) yang mencukupi dan tahan untuk tempoh perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya mengambil masa 10 minet, pastikan susu perahan KEKAL SEJUK). Sejurus sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (suhu biasa sejuk peti ais) atau di bahagian atas (sejuk beku /freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat/ tempat kerja kerana susu beku lebih sukar diuruskan sebabnya kita perlu memastikan ia dibawa pulang ke rumah dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit.
  2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut TIDAK BOLEH lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bahagian sejuk biasa peti ais) malah perlu dihabiskan (digunakan untuk bayi) dlaam tempoh 24 jam (bermula dari masa ia mencair).
  3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari sahaja. Sekiranya pada hari ke 5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangkan tempoh hayatnya.
  4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.
  5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber : momschoice

Penting untuk Ibu-ibu mengetahui Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang telah Disejukkan / Dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :

1) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'C)
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minet. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) (suhu -18' sehingga -20'C)
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk dia dalam peti sejuk anda (refrigerator) sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan pada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan dalam peti sejuk (pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu (sejurus setelah selesai proses mengepam/memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi. Kenapa bazir? Sebabnya
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu belum diminum oleh bayi. Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan berikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh di bekukan semula, Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku)
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5~7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasan & Sebab: Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40'C ke atas)

Susu perahan juga mudah dan senang dipanaskan menggunakan pemanas khusus (warmer) suhu yang dikawal 40'C ke bawah shj.

Kesimpulan,




susu fresh (baru perah) : tahan 4 jam pada suhu bilik
susu disejukkan dalam peti ais (dekat rak, bukan dibekukan, tak kisah peti ais berapa pintu): tahan 5~7 hari
susu beku: bergantung kepada suhu peti ais 
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan
- deep freezer: tahan 6 bulan
susu beku yang telah dicairkan: perlu diguna dalam masa 24 jam, tak boleh dibekukan semula
susu yang dah dipanaskan: tahan 2 jam

credit info : momschoice.com.my

semoga anda semua perihatin tentang kualiti susu perahan anda dan kendalikan dengan cara yang betul agar bayi anda dapat susu ibu yang tetap berkhasiat pada kualiti yang maksima.
* Susu Ibu Terbaikk !!

Ketahui Cara Menyimpan Stok Perahan Susu Ibu Agar Susu Ibu Tahan Pada Kualiti Maksima


Simple guide to EBM storage management

Sebagai seorang yg buat pertama kali menjadi seorang ibu mahupun 1st time breastfeeding mom, terlalu banyak perkara berkaitan penjagaan bayi yang perlu dipelajari. Antara perkara penting yang perlu dimahiri adalah mengenai EBM storage management atau pengurusan penyimpanan susu perahan. Untuk memudahkan para mommies membuat rujukan mengenai tempoh penyimpanan EBM ini, gambar rajah di bawah akan dapat membantu anda. Boleh juga save dan cetak gambar rajah di bawah untuk diberikan kepada babysitter/nursery/penjaga semasa ketiadaan anda bersama bayi anda.

 



Nota: 
Tempoh cadangan yang tertera dalam gambar rajah di atas merupakan tempoh ideal atau tempoh selamat penyimpanan EBM. Walaubagaimanapun, tempoh penyimpanan di dalam bilik berhawa dingin sepenuhnya boleh menjangkau sehingga 8 jam manakala tempoh penyimpanan dalam peti sejuk (chilled area) boleh menjangkau sehingga 5 hari. Untuk kepastian sama ada susu tersebut masih boleh digunakan, sila periksa bau dan rasa susu tersebut sebelum memberikan kepada bayi anda. Susu ibu yang masih elok tidak berbau dan rasanya manis manakala susu ibu yang telah basi atau rosak akan berbau masam.

Tips Tambahan: 
Semasa menyimpan EBM di dalam peti sejuk, pastikan ianya dimasukkan ke bahagian dalam peti sejuk bagi memastikan perubahan suhu peti sejuk dapat diminimakan. Elakkan daripada menyimpan EBM di pintu peti sejuk kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk boleh mempengaruhi jangka hayat dan tempoh penyimpanan yang ideal.



*go go go breastfeeding!

TIPS Menjayakan Penyusuan Susu Ibu semudah A B C



Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Semoga perkongsian tips ini menjadi panduan untuk ibu-ibu sekalian. Happy breastfeeding mommies~

Shaklee menawarkan satu rangkaian suplimen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien IBU Hamil, IBU Menyusu & selepas bersalin

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit birit  di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan si ibu.




Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang hamil dan menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.


MULTIVITAMIN (VITALEA with iron formula)
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

PROTEIN (ESP SOY PROTEIN)
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

VITAMIN C (SR VITA C PLUS / CHEWABLE VITA C)
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS (B-COMPLEX with acid folic)
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

KALSIUM (OSTEMATRIX with vitamin D & magnesium)
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

ASID LEMAK OMEGA 3 (OMEGA GUARD)
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti ganguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

ALFALFA (ALFALFA COMPLEX)
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.





sumber : Shaklee Today Vol 5 | 2012

For Info & Order,
PM fb | sms/whatsapp 012 4494611 
email : mamabusyra@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...