Tanda - tanda Awal Bersalin


Saat -saat penantian kelahiran memang sangat mendebarkan. Ini berlaku bukan sahaja pada pasangan baru tetapi juga pada ibu bapa yang sudah lama berumah tangga dan telah mempunyai anak ramai. Segala - galanya terasa baru terutama jika jarak kelahiran anak yang terakhir adalah terlalu jauh.

Ramai ibu bapa yang bertanya pada doktor bilakah jangkaan bersalin. Mustahil untuk memberi jawapan yang seratus peratus tepat. Doktor hanya boleh menganggar bila tarikh bersalin sebenar.

Ini kerana kita masih belum tahu apakah 'trigger' atau tanda yang diberi oleh bayi kepada sistem otak kita yang akhirnya merangsang kontraksi rahim. So sit back and relax...bayi kita sendiri yang akan menentukan bila hari lahirnya....

Tanda - tanda Bersalin / Turun Tanda


Keluar Darah                
Ini Ini adalah salah satu tanda awal kelahiran. Darah dan lendir yang menutupi pintu rahim akan keluar apabila   pintu rahim sudah mula terbuka.

Turun Air
Pada sesetengah ibu, air ketuban akan turun beserta tanda. Air ketuban biasanya jernih dan mungkin akan  membasahi seluar dalam atau kain yang dipakai. Sekiranya air ketuban telah pecah, segeralah ke hospital pada hari yang sama juga.

Sakit Kontraksi

Kontraksi yang berlaku pada sela masa 10 minit dan mengambil masa 30 hingga 40 saat sebelum berlalu adalah petanda ibu sedang sakit bersalin atau in labour. Ibu biasanya dapat membezakannya dengan sakit 'Braxton Hicks' kerana sakit ketika hampir bersalin selalunya lebih kuat dan lebih tetap. Ia juga disertai dengan sakit belakang.


Alamak! Pemeriksaan Bawah!

Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk melahirkan adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim (servik). Dalam keadaan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina akan berada dalam keadaan tertutup.

Apabila kontraksi berlaku, pintu rahim akan menjadi semakin nipis dan akan terbuka. Apabila pintu rahim terbuka, darah dan lendir akan keluar, dan ini dikenali sebagai tanda.

Pintu rahim akan terbuka perlahan-lahan bermula pada bukaan 1 cm dan seterusnya bayi akan lahir apabila bukaan mencapai 10 cm.

Bukaan pintu rahim ini akan ditentukan oleh doktor dengan memasukkan jari ke dalam vagina dan mengukur bukaan rahim tersebut dengan jari.

Jangan Bimbang..

Ramai ibu yang berasa ngeri memikirkan pemeriksaan vagina terutama ibu pada kali pertama. Jangan bimbang, cubalah untuk bertanang dan bernafas dengan dalam dan perlahan. Sekiranya kita tidak tenang dan mengeraskan badan, doktor sukar untuk melakukan pemeriksaan dan kita juga mungkin akan terasa sakit. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan perlahan - lahan dan akan mengajar kita untuk bernafas dengan lebih baik dan tenang.

Adakalanya doktor akan melakukan pemeriksaan vagina (biasa disebut VE atau 'vaginal examination' dalam istilah perubatan) semasa kita datang untuk pemeriksaan antenatal. Selalunya ini dilakukan ketika sudah menghampiri cukup bulan.

Selain memberitahu doktro tentang bukaan rahim, pemeriksaan vagina jugak akan memberi maklumat lain seperti  keadaan pintu rahim samada masih keras atau sudah bertambah lembut dan menjadi semakin nipis.Ia juga boleh memberi maklumat sejauh mana kedudukan kepala bayi.

Oleh itu pemeriksaan vagina adalah penting dalam menilai perkembangan 'labour'. Selalunya ia dilakukan setiap 4 jam sekiranya kita sudah bersedia untuk bersalin atau mungkin lebih kerap bergantung kepada keadaan perkembangan kita.

Tiga Fasa Sakit Bersalin

Fasa Pertama

Fasa pertama adalah daripada mula pembukaan rahim sehingga bukaan rahim menjadi 10 cm. Bukaan pintu rahim sebelum 3 cm disebut 'latent phase' dan bukaan pintu rahim 3 cm ke atas disebut sebagai fasa aktif. Pada masa fasa 'latent', sakit bersalin mula terasa tetapi belu di peringkat aktif.

Fasa ini boleh mengambil masa beberapa jam dan adakalanya beberapa hari. Apabila sampai ke bukaan rahim 3 cm, ia disebut fasa aktif kerana bukaan rahim biasanya akan terus membesar sehingga 10 cm atau biasanya disebut 'fully'. Selalunya pada ibu yang mengandung kali pertama bukaan rahim membesar pada kadar 1 cm setiap jam.

Oleh itu jangkaan bersalin anak pertama biasanya mengambil masa antara 8 ke 12 jam. Jangkaan bersalinanak kedua dan seterusnya biasanya lebih cepat sekitar 6 ke 8 jam atau mungkin lebih kurang daripada itu.

Fasa Kedua

Bermula ketika pembukaan penuh 10 cm sehingga bayi lahir. Tahap ini biasanya mengambil masa 30 minit sehingga ke satu jam.

Fasa Ketiga

Fasa ketiga bermula dari kelahiran bayi sehinggalah uri keluar. Tahap ini biasanya mengambil masa sekitar 15 minit ke 30 minit.

Kesemua perkembangan sakit bersalin akan dicatitkan dalam satu graf yang disebut Partogram.Ia akan membantu doktor menilai perkembangan sakit bersalin bagi setiap pesakit.

Bagaimana Partogram Dapat membantu Para Doktor

Partogram adalah satu carta yang ringkas tetapi banyak membantu para doktor dan jururawat serta bidan. Banyak keputusan yang dibuat oleh doktor adalah berdasarkan carta tersebut.

Sudah Tiba Masa Ke Wad Bersalin?

Apabila tiba di hospital atau pusat bersalin, orang pertama yang akan kita berjumpa kemungkinan adalah bidan atau jururawat. Beliau akan bertanyakan simptom-simptom yang mungkin kita alami. Sekiranya kita diberi buku rekod antenatal, ini akan banyak membantu.

Seterusnya pemeriksaan perut akan dijalanan dan degupan jantung bayi akan direkodkan. Pemeriksaan vagina seterusnya akan dilakukan dan ini akan memberi idea berapa jauh kita dengan kelahiran.

Keputusan pemeriksaan ini akan diberitahu kepada doktor dan biasanya doktor akan datang melawat kita. Pada kebiasaannya apabila pemeriksaan vagina menunjukkan bukaan rahim 3 cm ke atas, kita akan dimasukkan ke bilik bersalin(labour room). Sekiranya masih tiada bukaan atau bukaan kecil sahaja kita mungkin akan dimasukkan ke wad bersalin.

Di Bilik Bersalin

Setiap hospital mempunyai  peraturannya sendiri di bilik bersalin. Kebanyakan hospital bersalin swasta membenarkan suami berada bersama isteri ketika proses kelahiran. Di Malaysia ketika ini, hospital-hospital kerajaan juga sedang melakukan perubahan-perubahan ke arah lebih positif dan di beberapa hospital sudah memulakan konsep 'husband-friendly' dengan membenarkan suami bersama isteri ketika melahirkan. Ibu-ibu perlu tahu apakah peraturan di hospital pilihan untuk bersalin nanti.

Bolehkah Makan Ketika Sudah Masuk Ke Bilik Bersalin?

Perkara ini juga berbeza dari hospital ke hospital. Secara amnya kebanyakan hospital tidak membenarkan makan makanan berat seperti nasi semasa sedang dalam fasa pertama. Bagaimanapun minuman dan makanan ringan dibenarkan.

Para ibu digalakkan mengambil tamar atau coklat. Ia memberikan tenaga yang banyak walaupun diambil dalam jumlah yang sedikit.

Selalunya makanan berat tidak digalakkan kerana ibu-ibu mungkin akan termuntah ketika sakit bersalinmemuncakdan keadaan ini akan mengganggu fokus ketka meneran. Pada masa yang sama ia mungkin akan termasuk je dalam saluran pernafasan dan menimbulkan masalah.

Adakalanya masalah timbul dan mungkin ibu-ibu terpaksa menjalani pembedahan. Risiko pembedahan akan lebih tinggi sekiranya ibu-ibu baru lepas makan terutama makanan berat.

Adakah Saya Akan Di 'cukur'?

Pada masa ini tidak banyak hospital yang mencukur bulu di sekitar kemaluan ibu. Pada suatu masa dahulu ia merupakan kemestian. Mencukur atau tidak, tidak akan mempengaruhi proses kelahiran. Bagaimanapun ada ibu yang berasa lebih selesa dengan membersihkan kawasan kemaluan di rumah sebelum datang sakit bersalin.

Bagaimana Sekiranya Saya Terbuang Air Besar Ketika Sakit Bersalin Atau Ketika Meneran?

Perkara ini adalah suatu yang cukup normal. Ini berlaku kerana arah pergerakan bayi keluar adalah sama dengan arah keluarnya najis, dan kerana kedudukan rektum adalah sangat hampir dengan vagina, keluar najis ketika meneran adalah sesuatu yang sangat 'natural'.

Jangan berasa terlalu bimbang kerana para doktor dan bidan serta jururawat sudah biasa dengan keadaan ini. Berasa terlalu bimbang akan mengganggu fokus untuk meneran.

Bagaimanapun kebanyakan hospital akan memberi ubat 'enema' untuk kita membuang air besar sebelum dihantar ke bilik bersalin.




::::::Anak adalah untuk zaman yang akan datang, bukan untuk zaman kita. Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga:::::::: Hamka





sumber rujukan: Panduan Asas Kehamilan & Kelahiran 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...