Showing posts with label Stok EBM. Show all posts
Showing posts with label Stok EBM. Show all posts

Penting untuk Ibu-ibu mengetahui Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang telah Disejukkan / Dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :

1) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'C)
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minet. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) (suhu -18' sehingga -20'C)
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk dia dalam peti sejuk anda (refrigerator) sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan pada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan dalam peti sejuk (pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu (sejurus setelah selesai proses mengepam/memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi. Kenapa bazir? Sebabnya
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu belum diminum oleh bayi. Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan berikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh di bekukan semula, Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku)
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5~7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasan & Sebab: Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40'C ke atas)

Susu perahan juga mudah dan senang dipanaskan menggunakan pemanas khusus (warmer) suhu yang dikawal 40'C ke bawah shj.

Kesimpulan,




susu fresh (baru perah) : tahan 4 jam pada suhu bilik
susu disejukkan dalam peti ais (dekat rak, bukan dibekukan, tak kisah peti ais berapa pintu): tahan 5~7 hari
susu beku: bergantung kepada suhu peti ais 
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan
- deep freezer: tahan 6 bulan
susu beku yang telah dicairkan: perlu diguna dalam masa 24 jam, tak boleh dibekukan semula
susu yang dah dipanaskan: tahan 2 jam

credit info : momschoice.com.my

semoga anda semua perihatin tentang kualiti susu perahan anda dan kendalikan dengan cara yang betul agar bayi anda dapat susu ibu yang tetap berkhasiat pada kualiti yang maksima.
* Susu Ibu Terbaikk !!

Ketahui Cara Menyimpan Stok Perahan Susu Ibu Agar Susu Ibu Tahan Pada Kualiti Maksima


Simple guide to EBM storage management

Sebagai seorang yg buat pertama kali menjadi seorang ibu mahupun 1st time breastfeeding mom, terlalu banyak perkara berkaitan penjagaan bayi yang perlu dipelajari. Antara perkara penting yang perlu dimahiri adalah mengenai EBM storage management atau pengurusan penyimpanan susu perahan. Untuk memudahkan para mommies membuat rujukan mengenai tempoh penyimpanan EBM ini, gambar rajah di bawah akan dapat membantu anda. Boleh juga save dan cetak gambar rajah di bawah untuk diberikan kepada babysitter/nursery/penjaga semasa ketiadaan anda bersama bayi anda.

 



Nota: 
Tempoh cadangan yang tertera dalam gambar rajah di atas merupakan tempoh ideal atau tempoh selamat penyimpanan EBM. Walaubagaimanapun, tempoh penyimpanan di dalam bilik berhawa dingin sepenuhnya boleh menjangkau sehingga 8 jam manakala tempoh penyimpanan dalam peti sejuk (chilled area) boleh menjangkau sehingga 5 hari. Untuk kepastian sama ada susu tersebut masih boleh digunakan, sila periksa bau dan rasa susu tersebut sebelum memberikan kepada bayi anda. Susu ibu yang masih elok tidak berbau dan rasanya manis manakala susu ibu yang telah basi atau rosak akan berbau masam.

Tips Tambahan: 
Semasa menyimpan EBM di dalam peti sejuk, pastikan ianya dimasukkan ke bahagian dalam peti sejuk bagi memastikan perubahan suhu peti sejuk dapat diminimakan. Elakkan daripada menyimpan EBM di pintu peti sejuk kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk boleh mempengaruhi jangka hayat dan tempoh penyimpanan yang ideal.



*go go go breastfeeding!

Panduan Pemilihan CARA untuk Menyimpan atau Mengendalikan SUSU IBU (EBM)

 

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

credit
Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 3 Februari 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...