Penting untuk Ibu-ibu mengetahui Cara Mencairkan Perahan Susu Ibu yang telah Disejukkan / Dibekukan

Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien yang terkandung dalam susu ibu.

Ikuti langkah-langkah berikut :

1) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk (suhu bawah 4'C)
  • Lalukan bekas/botol susu di bawah aliran air pili untuk beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air panas/air didih selama 5 minet. Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika.
  • Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan botol beberapa ketika untuk mencampurkan bahagian-bahagian yang terpisah (lapisan atas ialah lemak) dan menyamaratakan suhunya.
  • Rasai suhunya sekali lagi sebelum menyusukan bayi anda
2) Untuk susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer) (suhu -18' sehingga -20'C)
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk dia dalam peti sejuk anda (refrigerator) sebelah malam supaya proses pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan dalam situasi suhu bawah 4'C. Ini juga akan menjimatkan masa pencairan apabila hendak memberikan pada bayi nanti.
  • Apabila bersedia untuk memberikannya kepada bayi, keluarkan satu botol daripada peti sejuk, cairkan serta panaskan susu seperti langkah 1 di atas.
TIPS PENTING
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan dalam peti sejuk (pastikan tarikh perahan susu dilabelkan pada botol/bekas sebelum menyimpan susu (sejurus setelah selesai proses mengepam/memerah susu)
  • Cairkan dan panaskan susu perahan hanya dalam kuantiti yang diperlukan sahaja bagi mengelakkan pembaziran susu yang tidak habis diminum bayi. Kenapa bazir? Sebabnya
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan semula di dalam peti sejuk walaupun susu itu belum diminum oleh bayi. Susu ini perlu dihabiskan dalam masa 4 jam.
  • Susu perahan yang tidak habis diminum oleh bayi boleh disimpan (dalam suhu bilik) untuk tempoh 2-3 jam dan berikan kepada bayi pada sesi penyusuan seterusnya.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh di bekukan semula, Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku)
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 5~7 hari. Selepas 7 hari susu yang belum sempat digunakan boleh dinaikkan ke bahagian sejuk beku untuk memanjangkan tempoh ketahanan penyimpanannya. Tetapi bau dan rasanya mungkin sedikit berubah kerana susu yang disimpan lama di dalam peti sejuk boleh menyerap bau daripada peti sejuk.

TIDAK BOLEH
  • TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur (direct heat)
  • TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang micro (microwave oven)
  • TIDAK BOLEH didihkan susu perahan
  • Alasan & Sebab: Susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien/kultur hidup dalam susu juga akan termusnah oleh kepanasan yang melampau (40'C ke atas)

Susu perahan juga mudah dan senang dipanaskan menggunakan pemanas khusus (warmer) suhu yang dikawal 40'C ke bawah shj.

Kesimpulan,




susu fresh (baru perah) : tahan 4 jam pada suhu bilik
susu disejukkan dalam peti ais (dekat rak, bukan dibekukan, tak kisah peti ais berapa pintu): tahan 5~7 hari
susu beku: bergantung kepada suhu peti ais 
- peti ais 1 pintu: tahan 2 minggu
- peti ais 2 pintu: tahan 3 bulan
- deep freezer: tahan 6 bulan
susu beku yang telah dicairkan: perlu diguna dalam masa 24 jam, tak boleh dibekukan semula
susu yang dah dipanaskan: tahan 2 jam

credit info : momschoice.com.my

semoga anda semua perihatin tentang kualiti susu perahan anda dan kendalikan dengan cara yang betul agar bayi anda dapat susu ibu yang tetap berkhasiat pada kualiti yang maksima.
* Susu Ibu Terbaikk !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...