Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Bahaya Tambah Garam dalam Masakan BAYI

Saya berharap perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 diluar sana memberikan yg terbaik buat si manja mereka. Adalah menjadi perkara biasa amalan mak2 kita menambahkan sdkt (secubit) garam dlm bubur bayi. Katanya nk bg ada rasa ckt, dan rasa lemak bubur tersebut. Kekurangan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka tidak tahu bahayanya terlebih garam bagi bayi terutamanya bayi berumur satu tahun kebawah.
Oleh itu, kita yg bergelar ibu bapa pada zaman kini, perlu berusaha mendalami ilmu2 penting keibubapaan, mcm mn nak uruskan bayi dgn baik. Dgn kecanggihat teknologi kini, segalanya di hujung jari anda sahaja. Mudah kan? So rajin2kan diri menambah ilmu pengetahuan demi kesejahteraan kita semua.
Kenapa bayi berumur setahun kebawah tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya?

  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an.
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)
Sy nak share info selanjutnya y dipetik dr sini

Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga  garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.
Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga  usia 12 bulan) - dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu atau susu formula.

Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?

Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana  langit-langit kita sudah  terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan, makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.

Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain,  memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga. Di entri yg akan datang, saya akan kongsikan resepi2 bayi yang boleh dicuba untuk membantu membuat makanan untuk bayi anda menjadi yang terbaik dan lazat.

So ibu-ibu sekalian... percayalah..Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dgr pepatah dr org2 lama,  "ko apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum ko dilahirkan"...hehehe.
Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian....  ^_^ renung2kan.. dan selamat beramal.. jadilah ibu bapa yg prihatin !!


Kenapa MADU Tak Boleh Diberikan Kepada BAYI?



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
 Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Khasiat Avocado Buah Kaya Dgn Nutrisi


1st time buat puree avocado utk baby Alya. Hasilnya Alya suka Avocado! Bising mulut dia mntk disuapkan cpt2..haha.. Sebelum sy mencuba avocado utk dijdkan santapan Alya, sy cri info mengenai khasiat avocado utk bayi. Mmg buah ini agak mhl, sy beli 2 bji dkt Tesco RM 9.56. Boleh la utk belikan seminggu 2 biji utk ALya..huhu Anyway, saya nak kongsikan kebaikan Avocado bkn shj utk bayi malah utk kita juga! JOM baca..
 

Avokado mampu mencegah penyakit mata
Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.

Lembutkan kulit
Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.

Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya. Isinya yang lembut dan berkrim amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah segar pertama dimakan oleh bayi.
Buah avokado boleh dijadikan jus minuman yang menyegarkan. Campurkan isi buah avokado dengan susu segar, masukkan sedikit susu pekat, coklat yang dicairkan dan ketulan ais dan kisar untuk dijadikan avokado ‘smootie’... yummy!!

Daun pokok avokado pula dikatakan boleh direbus dan kemudiannya dijadikan sebagai ubat. Air rebusan yang dikatakan bersifat diuretik ini mampu membersihkan hati dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam ilmu perubatan Cina dan perubatan tradisional lain, avokado dikatakan memiliki daun yang bersifat pahit, kelat dan diuretik manakala bijinya bersifat anti-radang dan analgesik. Hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan daun buah ini bersifat anti-bakteria. Ia menghapuskan pertumbuhan beberapa spesies bakteria seperti Staphlococus sp., Pseudomonas sp., Escherichea sp. dan Basillicus sp.
Manakala daun pokok avokado yang telah dicampurkan dengan kulit pokok avokado lalu direbus, boleh digunakan untuk tujuan merawat masalah kesihatan yang berlaku pada perut dan dada.

Air rebusan ini juga dikatakan mempu mengawal ketetapan haid. Bagi mereka yang sering mengalami masalah disenteri, dikatakan biji buah avokado boleh digunakan sebagai ubat. Di Amazon, biji buah avokado juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat pencegah hamil.

Senarai kebaikan avokado

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web Health Diaries.com :

1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara 

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E 

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.

Semoga bermanafaat untuk anda jugak!


Makanan yg Perlu Dielakkan Sehingga Bayi Berusia 2 Tahun

info sharing frm : ratuhati.com
Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan
yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda. Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca..


Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau  Hingga 6 Bulan


Semua makanan pejal
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


Makanan Yang Perlu Dielakkan:  4 Hingga 12 bulan


Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi
anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal. 
Makanan Yang Telah Diproses
Sup, sayur  dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. 


Putih Telur
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.  
Buah-buahan Citrus
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.  


Madu
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!  


Kacang, Mentega Kacang 
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.  


Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.  


Makanan Laut
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko
alahan yang tinggi.  


Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.  


Jus Buah Pekat 
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


Gandum dan Produk Gandum
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.  




Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa
jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga
3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan:  12 bulan hingga 24 bulan
Susu Rendah Lemak
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk
pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu
rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya. 


Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa
jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga
3 tahun.  

sOLid fOOd fOR baBy AlyA

Alya dh 6 bulan! Alhamdulillah ats nikmat kesihatan y dikurniaknNya kpd baby ku Alya Busyra. Ummi sudah bersedia dgn tips2 dlm penyediaan solid food utk baby Alya. 1st sekali ummi carikan beras ..hihi
Pelbagai khasiat terkandung dalam beras ini terutamanya untuk kesihatan
Kelebihan : kurang kanji, mengandungi kalsium, anti oksida, mengandungi phytesterol dan tidak mudah basi
...Dari hasil uji laboratorium di sejumlah negara ini, beras herbal ponni terbukti memiliki kandungan karbohidrat 70 persen lebih rendah dari berasumumnya. Beras ini pun tumbuh alami, sama sekali tidak memakai obat-obatan. Uniknya, beras kesehatan dengan varietas mani chamba ini, sebetulnya pernah juga dicoba untuk ditanam di tempat lain. Namun setelah diteliti, khAsiatnya tidak seperti jika ditanam di tempat asalnya, Devangeree, Bangalore, India Selatan.

Dari area pesawahan di Devangeree, Bangalore, India Selatan, padi mani chamba
 ini masuk ke pabrik untuk diolah lebih lanjut dan dikemas. Di pabrik, ada 13 proses yang harus dilalui agar beras herbal ponni layak jual. Antara lain proses pemilihan, agar hanya butiran beras terbaik yang diambil...
info mengenai organic white rice 
1st step..ummi basuh kan beras..3cawan beras dibasuh beberapa kali dgn menggunakan air bertapis..

kemudian ummi nak keringkan butiran beras tersebut..lalu ummi menggorengkannya  di  ats kuali

goreng goreng n terus mengacau sehingga semuanya kering seperti keringnya butiran beras sebelum dibasuh 

ms kawen dlu dpt hadiah blender 5 biji. syukur..thanx kwn2! then ummi ambil satu blender khusus utk kisar solid food for alya.xmo cmpur2 dgn pengisar y dh sedia ummi dok guna. Hygiene tu penting for everything berkenaan dgn baby!

guna pengisar kering utk mengisar beras td. make sure semuanya kering okey

kisar sampai halus jd serbuk ya

ini hasilnya..simpan dlm bekas kedap udara dan semestinya bebas toxic..pilihanku plastic container TUPPERWARE! utk langkah pertama dlm penyediaan solid food, ummi hanya menggunakan 3 cawan beras utk buat stok 'serbuk' beras.
 Tujuan langkah2 diatas dilaksanakan adalah untuk memastikan hasil bubur nasi yg bakal dihasilkan nanti halus mulus teksturnya dan juga cepat dimasak. Ok untuk permulaan, ummi hanya menggunakan 2 sudu besar serbuk beras. Beras:Air = 1:3. Mudah saja..xperlu tambah apa2..hanya air masak dan serbuk beras. xperlu garam or gula wlaupun secubit.
SOALAN: Berapa banyak garam yang selamat ditambahkan ke dalam sayur kukus lecek untuk bayi saya yang berusia tujuh bulan?
JAWAPAN: Garam berbahaya untuk bayi yang masih kecil, khususnya yang berusia di bawah empat bulan, kerana buah pinggang mereka masih belum matang dan tidak boleh mengumuhkan garam ke dalam air kencing.
Diet yang mengandungi terlalu banyak garam boleh menyebabkan bayi mengalami pendehidratan yang, dalam keadaan yang terlampau, boleh menyebabkan kerosakan organ.
Bayi memang memerlukan garam dalam jumlah tertentu di dalam dietnya tetapi ia sudah dibekalkan oleh susu ibu atau susu formula dan selepas empat bulan, ia boleh didapati daripada makanan yang tidak diproses seperti nasi, buah-buahan dan sayuran.
Jangan tambahkan garam ke dalam makanan bayi sewaktu atau selepas memasak makanan tersebut.
Anda juga perlu berhati-hati terhadap lain-lain perasa yang mengandungi garam, misalnya kicap, sos tomato, sos tiram dan sebagainya.
Ia tidak perlu ditambahkan ke dalam makanan bayi sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 12 bulan. Jika anda menyediakan hidangan untuk seluruh ahli keluarga, ketepikan bahagian untuk bayi sebelum menambah garam.
Soalan dijawab oleh Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon . teruskan membaca di sini.
 Apakah yang perlu dielakkan oleh bayi di bawah usia satu tahun? 

• Perlu dielakkan garam, gula, madu dan pemanis tiruan. Cuba maniskan pencuci mulut dengan menggunakan pisang lenyek atau puri stew buah-buahan kering, di mana sesuai, atau gunakan susu ibu yang dipam atau susu formula. 
• Elakkan daripada menambah sebarang teh ke dalam botol bayi. Tanin dalam teh akan menganggu penyerapan zat besi dan kafein yang juga ada dalamnya tidak disarankan untuk kanak-kanak. 
• Elakkan dari memberi perahan buah-buahan atau minuman diet kepada bayi anda. Pemanis tiruan tidak sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. 
• Elakkan makanan yang membawa risiko keracunan makanan seperti keju lembut yang diperam sehingga berkulat (brie, camembert) dan sari (pate) hati. Telur mestilah dimasak sepenuhnya – elakkan memberi telur masak lembut, telur separuh masak atau telur mentah. 
• Jangan berikan susu lembu (atau kambing atau kambing biri-biri) sebagai minuman utama kepada bayi yang berusia di bawah satu tahun. 
• Susu skim dan susu setengah skim, mentega rendah lemak, yogurt dan keju rendah lemak. Sentiasa berikan bayi anda jenis penuh lemak – mereka memerlukan kalorinya. 

Berapa banyak lemak perlu diberikan kepada bayi dan anak kecil? 
Sehingga usianya sekurang-kurangnya dua tahun, lemak ialah sumber tenaga yang penting bagi bayi anda, jadi susu, keju dan yogurt penuh krim adalah penting. Apabila bayi anda sudah berusia dua tahun, dan hanya jika dia membesar dengan sihat, dan memakan makanan seimbang, barulah anda boleh memperkenalkan jenis rendah lemak kepadanya secara perlahan-lahan. Apabila dia sudah berusia lima tahun, hanya sepertiga daripada tenaganya perlu diperolehi dari lemak. 
sumber : babycentre
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok..jOM sambung bab solid food utk alya hehe
Ummi like: Grinder Bowl Pigeon ~ simple, permukaan y berbiji2 sng utk lenyek2  utk makanan y teksturnya masih berketul ketul


okei ini lah 1st solid food for my baby.. ummi campurkan dgn sedikit  EBM (express breast milk)
reaksi ALya mkn bubur nasi + guna sudu buat pertama kalinya...

yay ! alya nak makannn
bismillahirrahmanirrahiimm... *nganga xsbr2 nk rasa apakah  rasanya..huhu
erkkkk
sedaapp laaa ummi.. nak lagi..
ummi..da abis ke? mmmm
Akhirnya habis jua semangkuk bubur nasi Alya. Petanda yg bagus utk penerimaan Solid food buat pertama kali utk ALya.. Happy for her ~
Besok ummi buat puree Carrot plak utk Baby ALya.. =)

Baby Carrots for Baby ALya..
"Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut. 

Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum enam bulan, berbincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak perlu diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu)." source:babycentre

Aspek kebersihan adalah amat penting dlm mengendalikan keperluan bayi..terutamanya dari sudut pemakanan..pastikan peralatan memasak, bahan utk dimasak, peralatan utk menghidang makanan..semestinya selamat utk bayi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...