Showing posts with label Anda Perlu Tahu. Show all posts
Showing posts with label Anda Perlu Tahu. Show all posts

Anti-Vitamins Supplement: Kesilapan Lazim dlm Menilai Suplimen

Tertarik untuk sy kongsikan tips dlm kita membuat penilaian mengenai Suplimen/Makanan Tambahan. Credit to entri yg dikongsikan oleh MommyLyna.


Tidak dinafikan, bila bercakap tentang suplemen dan vitamin, ramai yang mencebik bibir. Malah ramai yang takut overdose dan sebagainya. Di sini saya cuba kongsikan kesilapan2 menilai suplemen vitamin, dan tips-tips agar kita semua dapat membuat pilihan terbaik dan sewajarnya.

1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan

Makanan adalah makanan, suplemen adalah suplemen. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk menambah baik pemakanan sihat anda.

Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makan makanan yg sihat.





2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar

Suplemen, makanan tambahan, merujuk kepada semua makanan kesihatan yang bukan makanan utama. Suplemen bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.

Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau 'suplemen' dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.

3. Keperluan suplemen bukan pilihan

Kita boleh makan sayur dan buah berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.

Tahukah anda buah-buah dipetik semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak mempunyai nilai nutrien yang optimum?

Seperti seorang bayi pramatang, dia perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.


4. Semua penyakit bermula dari perut

Hakikatnya, kita bukan saja makan makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak mampu untuk 'cover' radikal bebas yang terhasil dalam setiap tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang kita sedut setiap hari.

Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.

5. Suplemen vitamin bukan ubat

Ubat kita makan semasa sakit, vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..

6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Adakah semua vitamin sama? Tidak. Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa yang lama.

Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan (organics sources)  agar tubuh kita dapat menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa depan.

Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?


Dapatkan maklumat tentang vitamin dan sebarang suplemen di tempat yang betul. Hakikatnya ramai orang yang anti-vitamin dan keliru antara kesan sampingan dan krisis penyembuhan. Jadi, tujukan soalan anda kepada sumber yang tepat ^__^

Kenapa MADU Tak Boleh Diberikan Kepada BAYI?



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
 Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Tips Pemakanan Sihat : Jangan Campurkan Makanan Darat & Laut

Dalam minggu nih dah ke berapa kali dah gangguan line internet.Asyik putus2..Dah berjuta kali buat report. Semoga ada penambah baikan dgn segera.Nak update blog pon tergugat..huhu..Dikesempatan baby sy nyenyak ketiduran, saya nak kongsi dgn kalian tips rahsia pemakan sihat, diet Rasulullah.. JOm baca..

Petikan dari buku rahsia pemakanan sihat untuk panduan kita bersama,....."Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah."

Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.
Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( - ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi.

Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:

* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda


Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan 
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

Makanan yg Perlu Dielakkan Sehingga Bayi Berusia 2 Tahun

info sharing frm : ratuhati.com
Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan
yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda. Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca..


Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau  Hingga 6 Bulan


Semua makanan pejal
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


Makanan Yang Perlu Dielakkan:  4 Hingga 12 bulan


Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi
anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal. 
Makanan Yang Telah Diproses
Sup, sayur  dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. 


Putih Telur
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.  
Buah-buahan Citrus
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.  


Madu
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!  


Kacang, Mentega Kacang 
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.  


Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.  


Makanan Laut
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko
alahan yang tinggi.  


Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.  


Jus Buah Pekat 
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


Gandum dan Produk Gandum
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.  




Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa
jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga
3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan:  12 bulan hingga 24 bulan
Susu Rendah Lemak
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk
pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu
rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya. 


Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa
jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga
3 tahun.  

Oh Susu Ibu..

nak share beberapa info mengenai penyusuan..credit to kasih ibu ...jOm baca..






Kesimpulannya..selagi hayat dikandung badan, berusahalah memberikan yg terbaik untuk bayi anda...krn zuriat adalah anugerah, amanah dan juga ujian dr Nya... ^_^

Status Halal SHAKLEE...dan SHAKLEE diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Saya ingin berkongsi info mengenai status halal Shaklee dan juga status jaminan perakuan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jom baca info yg telah dikongsi oleh MamaFaiz.com. credit to kakcery.
"salam kak...nak tanya produk ni dapat x kelulusan kementerian kesihatan".
ni soalan biasa ni....cuma nak share dan nak jelaskan disini...Shaklee merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...cuba belek botol vitamin shaklee tu ..ade tunjuk serial number MAL xxxxxx and ada printed diluluskan oleh kementerian kesihatan..see pic as per below.


sy faham dgn soalan ni....bagi org yg tak pernah dgr brand ni sure risau...lagi lagi sekarang dah mcm2 brand supplemen ada kat pasaran. Lagi satu isu adalah isu halal....Status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.

Beberapa fakta tentang status halal Shaklee..(credit to Kak N)
  • Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
  • INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
  • JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Dari website Jurnal Halal
# ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah adan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.
6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.
dari website rasmi JAKIM
# Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.
Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia

KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Kenapa pilih SHAKLEE?.Halal ke SHAKLEE?.makanan tambahan PENTING?produk luar negara?

*sekadar berkongsi info dan soalan2 yang sering diutarakan..
Kenapa Shaklee?
Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terbesar sehingga kini di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 (bahkan penyelidikan dan pengeluaran bermula seawal 1915 lagi) oleh Dr Forrest C Shaklee pakar bidang pemakanan berkhasiat (pengasas Vitamin dan MLM) yang kini menjalin usaha sama dengan kumpulan syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Yamanouchi sejak 1989. 
Mengapa Shaklee?
Kerana latar belakang syarikat yang baik; makanan tambahan yang nature / fitrah; berasaskan penyelidikan, ujian klinikal dan piawaian kawalan kualiti yang tinggi.
SHAKLEE Halal? 
Tidak perlu was-was..Rujuk akhbar utama tanah air iaitu The New Straits Times dan Berita Harian pada hari Rabu, 17hb April 2002, Utusan Malaysia hari Khamis 18hb April 2002 dan Borneo Post pada hari Jumaat, 19hb April 2002...refer link ni
Kenapa Produk Luar Negara?
Sabda Rasulullah (SAW) bermaksud "Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya"

Apa itu makanan tambahan ?
Makanan tambahan bererti makanan seharian kita yang masih diperlukan untuk membentuk kesihatan yang benar-benar sempurna dan lengkap, untuk mengelakkan dan mencegah daripada menghidap penyakit. Ia merupakan langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mereka yang mementingkan kesihatan, ingin hidup lebih lama, serta panjang umur. 
Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting ?
  • Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur, mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
  • Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
  • Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
  • Kita mungkin kerap makan di luar,
  • Gaya hidup yang tidak aktif,
  • Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
  • Kerap demam atau jangkitan selesema dll
  • Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll. Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)
              *Oleh itu, janganlah berasa was- was dengan status halal produk Shaklee.


SHAKLEE Supplimen TIADA Silica Gel??

Just nak share dgn anda mengenai kelebihan vitamin SHAKLEE berbanding dgn vitamin2 jenama lain yg boleh didapati di farmasi..Yes.. Vitamin Shaklee tiada silika gel yang biasanya diletakkan didalam botol2 vitamin lain. 

Bagi vitamin/supplement, fungsi silica gel adalah bagi mengelakkan pil tersebut dari dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap di dalam botol. Silica gel adalah sejenis ‘desiccant’ iaitu ia berfungsi untuk menyerap lembapan. Sebab itulah ia berada dalam kotak2 kasut kulit bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. Dalam kotak barang elektrik, silica gel diletakkan juga untuk menghalang lembapan merosakkan alatan tersebut.

silica gel yg biasanya diletakkn dlm botol2 vitamin sintetik..dan juga dlm kotak2 kasut,kotak beg (ruang y  tertutup)


JOm baca petikan artikel dibawah ini (credit to mommy lyna)


Seorang rakan bertanya, "Kenapa Shaklee? Kan ada banyak jenis vitamin di farmasi? Pilih sajalah kat situ lebih senang".Ya, pil vitamin memang mudah didapati, di store2 farmasi malah supermarket juga ada menjual vitamin.
Masalahnya, bagus ke? Vitamin ni tak sama macam buah. Buah, di mana2 pun sama, kecuali mungkin dari segi rasanya. Buah strawberi di negara kita mungkin lebih masam dari strawberi di England, tapi kedua2nya masih buah yang sama dihasilkan dari pokok strawberi.

Tapi vitamin2 ni dihasilkan di kilang2 berbeza, dengan bahan2 berbeza.
Sesetengah vitamin yang dihasilkan secara sintetik, hanya mengandungi sedikit saja elemen vitamin, sebaliknya banyak kepada 'seakan vitamin'. Vitamin tiruan ini adakalanya bertindak secara agresif dengan tubuh. Ada yang 'menutup' kebolehan tubuh untuk menjalankan proses2 secara semulajadi, sebaliknya memerlukan bantuan dari vitamin2 ini, barulah boleh bekerja. Ada yang mendatangkan pelbagai reaksi seperti alahan, tekanan dalam otak dan sebagainya.

Jadi kita mesti berhati2 dalam memilih vitamin, bukan main pukul rata saja.
Apa keistimewaan Shaklee? Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silika di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silika untuk menyerap lembapan. Kenapakah? Kerana bila vitamin2 ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.Buktinya, cuba letakkan sebiji pil vitamin yang anda beli farmasi dan sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam! Anda boleh cuba kalau tak percaya.

Anda juga boleh mengambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapat lihat sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu.


Mengapa kami boleh membuat trial pack untuk 30 hari makan? Bukan 14 hari? Ini kerana dalam Shaklee sendiri tiada kehadiran silika gel. Maka dengan ini, kami yakin untuk menyediakan trial pack untuk 30 hari makan.

Apa yang tidak boleh ada dalam produk yang baik?

  • pewarna- artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
  • perasa – artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
  • pemanis sintetik-mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan sedangkan kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?
  • vitamin E -alpha penting untuk kita belajar mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak beri kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana “I” atau “dl” adalah vitamin sintetik manakala “d” adalah asli. Asalan pengeluar menggunakan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
  • silika gel-Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.
Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one? Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita…
Jika hendak mencuba, dapatkan pek percubaan kami, Euphoria Trial Pack serendah RM75 hari ini. Ramai yang telah mencuba dan sangat berpuashati. Anda bagaimana?
Shaklee tidak mempunyai silica gel dalam mana2 produknya, kecuali produk untuk kanak2 kerana sekiranya kanak2 mengambil sendiri vitamin mereka, dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah, jadi tak eloklah untuk pil vitamin tu (ini basah lencun bukan moist). Tapi silica gel dalam Chewable Vitamin C dan VitaLea for Children ni memang unik. ia tak sama macam silica gel yang biasa datang dalam botol supplement lain.
Jadi berhati-hatilah apabila anda membeli vitamin yang datang bersama silica gel…(^_^)
Kepada sesiapa yang nak supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!!!





Perbezaan Antara Vitamin SINTETIK dan Vitamin Semulajadi




Soalan yang sering ditanya, “Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya” .. Saya jawab, kebanyakan vitamin yang ada silika gel tu adalah vitamin SINTETIK.. Manakala vitamin Shaklee ni vitamin natural, asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel... Mari baca fakta2 dibawah.. LIMA perbezaan antara vitamin sintetik dan vitamin natural..


Penghasilan

  • Vitamin natural dihasilkan dari ekstrak bahan2 semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan serat2nya.
  • Vitamin sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri2 seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin.Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.

Keserasian dgn badan

  • Vitamin natural dihasilkan dari bahan2 makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
  • Vitamin sintetikwalaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan vitamin natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.

Harga

  • Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan2 semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
  • Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.

 Kesan kepada tubuh badan

  • Vitamin natural mengambil intipati dari bahan2 semulajadi, jadi ia tidak meninggalkan bahan2 yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dalam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
  • Vitamin sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakan vitamin sintetik datang dalam bentuk ’solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena ambil magnesium dan vitamin D dari sumber lain.Begitu juga dengan vitamin2 lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam vitamin sintetik.

Kesan jangka panjang

  • Vitamin natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan2 seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
  • Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan2 yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara vitamin natural dengan vitamin sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut. Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tapi imej dalam cermin tetap bukanlah objek sebenar.. Renung-renungkan... =)
________________________________________________

Haaa.... apa lagi.. pilihan di tangan anda!! Saya tentulah memilih vitamin Shaklee kerana vitamin Shaklee ini adalah vitamin semulajadi.. Tidak mengapa berbayar lebih demi kesihatan yang berpanjangan.. Tepuk dada tanyalah seleramu.. ^_^ Yakinlah dengan Shaklee yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam ^_^

Kepada sesiapa yang nak supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...