Showing posts with label Tips Penyusuan Efektif. Show all posts
Showing posts with label Tips Penyusuan Efektif. Show all posts

TIPS Menjayakan Penyusuan Susu Ibu semudah A B C



Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
  • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Semoga perkongsian tips ini menjadi panduan untuk ibu-ibu sekalian. Happy breastfeeding mommies~

Kempen JOM BERPUASA dgn SIHAT dan BERTENAGA

Sedar x sedar Ramadhan Kareem bakal menyusul tidak lama lagi. Tidak dpt dinafikan ramai anda diluar sana sibuk menggantikan puasa & juga berpuasa sunat. Sudah tentu keperluan badan terhadap pemakanan yg baik dan seimbang utk membantu badan kekal cergas dan bertenaga sepanjang tempoh berpuasa.
Saya sendiri berpengalaman menggantikan puasa utk tempoh sebulan ( bersalin taun lps pd awal ramadhan).. Masih berbaki lagi hari-hari yg WAJIB ku berpuasa. Sangat mencabar sebagai seorang ibu yg menyusukan anak. TETAPI tidak perlu anda mencipta alasan terlebih dahulu sebelum anda BERUSAHA dan terus berusaha memastikan bekalan susu terhadap anda mencukupi kerana sudah menjadi TANGGUNGJAWAB kita memberikan yg terbaik buat anak kita iaitu SUSU IBU.

TIPS : Bagaimana memastikan Susu Ibu sentiasa mencukupi? 

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah ibu mengalami masalah kekurangan susuibu, panduan dibawah mungkin boleh membantu ibu mengatasi masalah di atas seperti :
  1. Mempunyai motivasi diri (yang ini paling penting, ibu2 kena mencari dan menggali ilmu secukupnya, mesti ada yg berkata, org dulu2 x perlu belajar puuuun!!, dulu lain, sekarang lain, betul tak??)
  2. Sokongan  keluarga , terutama suami, ibu @ MIL sbb apabila  kita mendapat sokongan padu drp mereka, kita x ader le stress, jika dorang kurang bersetuju jelaskan dgn terperinci kebaikan susuibu
  3. Menyusu bayi dengan kerap (jika boleh sekerap mungkin)
  4. Pam susu di antara penyusuan ( jika kita bekerja, jgn skip, pam tetap kena pam..)
  5. Mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat (mgkn ada yg kurang bersetuju, terpulang kpd individu..)
  6. Bayi  hanya diberi penyusuan ibu sahaja (jgn sesekali memberi susu formula..)
Selain daripada itu 
  • Teruskan penyusuan ibu 
  • Pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara bagi penyusuan yang berkesan
  • Memberi susu dari kedua-dua belah payudara untuk beberapa kali pada satu penyusuan
  • Menyusu ibu lebih kerap dan lama (konsep supply VS demand)
  • Berhenti menggunakan botol susu dan puting jika perlu (jika ibu bekerja, terpaksa le..)
  • Rehat secukupnya (mungkin sesekali perlu ambil cuti kot!!)
  • Letakkan bayi ke dada untuk menenangkan dia
  • Mengambil SUPLIMEN/makanan tambahan yang boleh menambah susu ibu (jika perlu)
  • Memerah susu di antara penyusuan (yang ini penting..)
Sempena RAMADHAN bakal menyusul, mamabusyra berbesar hati ingin berkongsi kebaikan Suplimen Shaklee dgn mengadakan PROMOSI Suplimen utk BERPUASA. Bukan khusus utk ibu2 menyusu sahaja, malah kaum bapa, kanak2, org muda tua, semua boleh ambil ya... 

Untuk keterangan lanjut mengenai Suplimen yg dicadangkan, bagaimana ianya membantu PUASA kita, JOMM BACAA...


Untuk anda yang sedang berusaha untuk ganti puasa, yang sedang membanyakkan amalan dengan puasa sunat di Bulan Rejab & Syaaban....Dan untuk sesiapa sahaja yang sedang bersiap sedia untuk menyambut Bulan Ramadhan termasuklah untuk ibu menyusu, ibu mengandung dan sesiapa saja...

ESP Energizing Soy Protein
----------------------------
♥ Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan 
sel.
♥ Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang
sedang membesar,
♥ Membekalkan tenaga,
♥ Memberikan rasa kenyang
♥ Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
♥ Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
♥ Membanyakkan susu badan (milkbooster)
♥ Membantu mengekalkan kepejalan otot
♥ Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
♥ mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

MEAL SHAKES (bantu anak2 anda berpuasa)
----------------------
♥ Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.
♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

PERFORMANCE DRINK
------------------------------
♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
♥ Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
♥ Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia boleh bantu mencegah dehydration.

Bagi yang berminat nak cuba dan nak tahu harga tawaran yang menarik, boleh PM saya..





Siti Hajar /mamabusyra
Shaklee Independent Distributor
sms : PM for the number (019-4608797 currently under maintenance)
email : mamabusyra@gmail.com
web : www.mamabusyra.blogspot.com
PM fb : http://www.facebook.com/WeLOVEHealthyLifestyle

Kenali cecair EMAS yg sgt berharga..Tahukah anda apa itu Kolostrum?

Adalah biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak mengalami “kurang susu” atau “tiada susu” pada hari-hari awal selepas kelahiran bayi kerana pada 3 hari pertama itu yang dihasilkan hanyalah kolostrum yang pekat, melekit, berwarna kekuningan dan tidak menyerupai air susu.

# Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi baru lahir kerana kolostrum mengandungi antibodi yang tinggi untuk melindunginya daripada jangkitan penyakit.
# Ia kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).


# Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran. Semasa di dalam kandungan, bayi menerima immunoglobulin G (IgG) daripada ibu melalui plasenta. IgG bertindak melalui sistem peredaran darah iaitu melindungi bayi daripada dalam tetapi IgA melindunginya daripada luar.  Kolostrum juga mengandungi sel darah putih (leukosit) yang melawan antigen yang terdiri daripada bakteria dan virus.
# Kolostrum bukan sahaja makanan pertama dengan nutrisi yang lengkap bagi bayi baru lahir tetapi yang lebih penting ia melindungi bayi daripada jangkitan. Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir sekali itu sahaja, jadi berilah peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.

Kepada bakal2 ibu, take note ya, jgn lepaskan cecair EMAS ini begitu shj, tetapi lepaskannya kedalam mulut bayi anda.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...