Tertarik untuk sy kongsikan tips dlm kita membuat penilaian mengenai Suplimen/Makanan Tambahan. Credit to entri yg dikongsikan oleh MommyLyna.
Tidak dinafikan, bila bercakap tentang suplemen dan vitamin, ramai yang mencebik bibir. Malah ramai yang takut overdose dan sebagainya. Di sini saya cuba kongsikan kesilapan2 menilai suplemen vitamin, dan tips-tips agar kita semua dapat membuat pilihan terbaik dan sewajarnya.
1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan
Makanan adalah makanan, suplemen adalah suplemen. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk menambah baik pemakanan sihat anda.
Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makan makanan yg sihat.
2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar
Suplemen, makanan tambahan, merujuk kepada semua makanan kesihatan yang bukan makanan utama. Suplemen bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.
Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau 'suplemen' dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.
3. Keperluan suplemen bukan pilihan
Kita boleh makan sayur dan buah berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.
Tahukah anda buah-buah dipetik semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak mempunyai nilai nutrien yang optimum?
Seperti seorang bayi pramatang, dia perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.
4. Semua penyakit bermula dari perut
Hakikatnya, kita bukan saja makan makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak mampu untuk 'cover' radikal bebas yang terhasil dalam setiap tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang kita sedut setiap hari.
Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.
5. Suplemen vitamin bukan ubat
Ubat kita makan semasa sakit, vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..
6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi
Adakah semua vitamin sama? Tidak. Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa yang lama.
Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan (organics sources) agar tubuh kita dapat menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa depan.
Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?
Dapatkan maklumat tentang vitamin dan sebarang suplemen di tempat yang betul. Hakikatnya ramai orang yang anti-vitamin dan keliru antara kesan sampingan dan krisis penyembuhan. Jadi, tujukan soalan anda kepada sumber yang tepat ^__^