Showing posts with label Tips Pemakanan Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips Pemakanan Sihat. Show all posts

Merancang Hidangan yang SIHAT untuk Keluarga


Rancang menu hidangan untuk keluarga :

  • Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resipi mengikut cara yang dicadangkan di dalam buku ini. 
  • Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan. 
  • Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan. 
  • Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan. 
  • Hidangkan makanan yang baru dimasak. 
  • Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.

Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus. Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis.

Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari:

  • Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 
  • Rancang waktu mengikut waktu biasa. 
  • Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama. 
  • Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan. 

Menyediakan Hidangan Yang Sihat

Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam. 
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir. 
  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran. 
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan. 
  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah. 
  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak. 
  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu. 
  • Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran. 
  • Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran. 
  • Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk. 
  • Elakan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama. 
  • Bahan makanan yang mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.

Khasiat KURMA untuk Wanita HAMIL


Salam.. dah nak puasa yaa tngl beberapa hari shj lagi.. ni saya kongsikan Khasiat kurma, bukah sahaja amat berkhasiat utk wanita HAMIL, malah untuk kita semua.. Semua org mampu utk mendapatkan kurma.. Ayuh jadikan kurma makanan harian kita. Jom baca khasiat KURMA untuk WANITA HAMIL.
Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Mengikut pendapat pakar perubatanbuah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten, menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.
Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”
Adalah amat baik sekali jika wanita yang hamil mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang banyak kerana telah terbukti, dalam al-Qur’an terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma.
Manfaat Kurma:
a) Tenaga Serta-merta
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih.
Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga.
Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
b) Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar.
Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.
c) Menguatkan Ingatan
Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
d) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
e) Meredakan Tekanan Darah
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
f) Menambah Tenaga Seksual
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Sesunguhnya, kurma sangat diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi.
Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh.
Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
JOmm beli kstok kurmaa dah nak masuk Ramadhan KAremm.. Mamabusyra xde supply kurma, anda boleh dptkn di pasaraya yaa spt Tesco.. ^___^


Bahaya Tambah Garam dalam Masakan BAYI

Saya berharap perkongsian saya ini dapat membantu ibu2 diluar sana memberikan yg terbaik buat si manja mereka. Adalah menjadi perkara biasa amalan mak2 kita menambahkan sdkt (secubit) garam dlm bubur bayi. Katanya nk bg ada rasa ckt, dan rasa lemak bubur tersebut. Kekurangan ilmu pengetahuan menyebabkan mereka tidak tahu bahayanya terlebih garam bagi bayi terutamanya bayi berumur satu tahun kebawah.
Oleh itu, kita yg bergelar ibu bapa pada zaman kini, perlu berusaha mendalami ilmu2 penting keibubapaan, mcm mn nak uruskan bayi dgn baik. Dgn kecanggihat teknologi kini, segalanya di hujung jari anda sahaja. Mudah kan? So rajin2kan diri menambah ilmu pengetahuan demi kesejahteraan kita semua.
Kenapa bayi berumur setahun kebawah tidak perlu tambahan garam ke dalam masakannya?

  1. Makanan bayi bawah umur 1 tahun adalah tidak memerlukan garam tambahan. Sebab buah pinggang (kidney) bayi masih belum matang untuk memproses lebihan garam dalam badan.
  2. 6 bulan pertama bayi (newborn sampai umur 6 bulan) bayi cuma perlukan kurang daripada 1gram garam sehari, yang mana garam2 tersebut boleh diperolehi daripada susu badan atau susu formula.
  3. Bayi berumur 7 bulan hingga 12 bulan, cuma memerlukan garam 1gram sehari, yang boleh diperolehi daripada rasa semulajadi makanannya iaitu dari daging ayam, ikan, sayur2an, buah2an.
  4. Kanak2 umur 1thn hingga 3thn cuma memerlukan kurang dari 2gram garam sehari (bersamaan dengan 0.8g sodium sehari)
Sy nak share info selanjutnya y dipetik dr sini

Info ini menerangkan tubuh manusia memerlukan garam untuk berfungsi dengan betul. Garam tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, sehingga  garam merupakan sebahagian benda yang penting dari makanan sehari-hari kita.
Tapi keperluan garam untuk bayi adalah SANGAT kecil (kurang dari 1g per hari sehingga  usia 12 bulan) - dan keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi oleh susu ibu atau susu formula.

Ginjal bayi tidak dapat memproses garam dengan baik - yang bermaksud bahawa garam jika ditambah pada makanan bayi boleh menyebabkan kerosakan ginjal serius.

Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan terlalu banyak garam sejak usia awal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi di kemudian hari - terutama dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit seperti itu, .Jadi harus makanan bayi saye kurang menyelerakan jika tidak ditambah dengan garam?

Anda mungkin mendapati makanan mempunyai rasa yang kurang sedap kalau tidak menambah garam kerana  langit-langit kita sudah  terbiasa dengan rasa masin. Tapi ingat bahawa langit-langit mulut bayi adalah berkembang dan bahawa dia belum mendapatkan keutamaan untuk selera masin! Bahkan, makanan yang anda anggap tak sedap boleh saja diterima si kecil.

Jangan gunakan sos semasa memasak makanan bayi kerana ianya mengandungi garam. Elakkan meggunakan daging yang diproses seperti papperoni, ham, kacang panggang dan lain2 kerana makanan daging yang diproses ini ianya mengandungi kandungan garam yang tinggi untuk bayi anda.

Jika anda menggunakan makanan dalam tin untuk memasak makanan bayi anda, semak label untuk memastikan tiada garam telah ditambah. Pastikan setiap makanan yang di tinkan untuk bayi diberi label dengan kumpulan umur yang sesuai untuknya.

Dalam sebab lain,  memastikan bahawa makanan bayi anda adalah tidak bergaram bermakna bahawa ia haruslah mempunyai rasa juga. Di entri yg akan datang, saya akan kongsikan resepi2 bayi yang boleh dicuba untuk membantu membuat makanan untuk bayi anda menjadi yang terbaik dan lazat.

So ibu-ibu sekalian... percayalah..Kesihatan keluarga kita adalah ditangan kita sendiri. Apa yang mereka makan, adalah tanggungjawab kita kerana kita yang menyediakan makanan tersebut. Seringkali dgr pepatah dr org2 lama,  "ko apa tau, kami dah MAKAN GARAM dulu sebelum ko dilahirkan"...hehehe.
Hebat mana seseorang itu bukan diukur dengan berapa banyak atau berapa lama dia makan garam. Hebat seseorang itu adalah kerana ilmu pengetahuan yang dimiliki dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian....  ^_^ renung2kan.. dan selamat beramal.. jadilah ibu bapa yg prihatin !!


Pentingnya Sarapan Pagi



Fakta menunjukkan bahawa sebagian di antara kita selalu membiarkan keadaan perut kosong pada waktu pagi. Alasan tiada masa untuk bersarapan atau menganggap bahawa makan pagi hanya akan membuat badan gemuk ia adalah tidak benar sama sekali. Disini diterangkan manfaatnya dan penjelasan mengapa sarapan memberi kebaikan bagi tubuh:

Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah bagi pelajar. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja, walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.


Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.


Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Jadi, jgn skip meals pagi anda! Sama2 kita berusaha demi memastikan bdn terus sehat bertenaga. 

Kenapa MADU Tak Boleh Diberikan Kepada BAYI?



Kebanyakan daripada kita percaya bahawa madu adalah makanan yang sangat berkhasiat.Namun tidak ramai yang tahu madu tidak selamat diberikan kepada bayi yg berusia bawah satu tahun.
 Kenapa tidak selamat?
Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang akan menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”.
Spora ini sukar dibunuh,tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.
Apa itu “botulism”?
Botulism akan menyerang simtem saraf dan akan menyebabkan mata kabur,kelopak mata tertutup sedikit(droopy eyelid) dan kesusahan ketika bernafas dan menelan air liur.Ia juga akan menyebabkan muntah2,cirit-birit dan sakit badan.
Kenapa tidak digalakkan diberi kepada bayi?
Usus bayi merupakan persekitaran yang sesuai untuk spora ini.Apabila madu ini dimakan,ia akan membiak dan akan menghasilkan sejenis toksin.Toksin ini akan diserap masuk ke dalam usus bayi yang masih tidak matang dan menyebabkan “botulism”.
Apa yang akan berlaku sekiranya bayi saya mendapat “botulism”?
Terdapat sesetengah kes botulism bersifat ‘sederhana’,dan sesetengah lagi bersifat ‘merbahaya’ sehingga menyebabkan kematian.Kemuncak umur untuk penyakit ini ialah 2 hingga 4 bulan.Tetapi risiko tetap ada pada umur 1 minggu hingga 11 bulan.Secara kesimpulannya madu tidak digalakkan diberi bawah umur 1 tahun.
Simtom-simtom:
1. Simtom perut yg berbeza dari kebiasaan(unusual gastrointestinal symptom),berkemungkinan disebabkan oleh sebarang keracunan makanan atau makanan tercemar.
2. Kepenatan (lethargy,weakness)
3. kesusahan untuk mengawal kepala(loss of head control)
4. pertukaran nada nangis(altered cry)
Kebiasaannya,simtom akan muncul dalam jangka masa 18 hingga 36 jam.JIka muncul simtom2 ini segeralah menghubungi pakar kanak2 atau doktor anda.Jika tidak segera mendapatkan rawatan,simtom akan berlanjutan sehingga menyebabkan lumpuh tangan,kaki,badan dan otot pernafasan
Bagaimana pula dengan orang dewasa?
Jawapannya,madu adalah selamat untuk orang dewasa.Ini adalah kerana usus orang dewasa mengandungi acid yang cukup untuk menyahkan toksin yang dihasilkan oleh spora ini.

Tips Pemakanan Sihat : Jangan Campurkan Makanan Darat & Laut

Dalam minggu nih dah ke berapa kali dah gangguan line internet.Asyik putus2..Dah berjuta kali buat report. Semoga ada penambah baikan dgn segera.Nak update blog pon tergugat..huhu..Dikesempatan baby sy nyenyak ketiduran, saya nak kongsi dgn kalian tips rahsia pemakan sihat, diet Rasulullah.. JOm baca..

Petikan dari buku rahsia pemakanan sihat untuk panduan kita bersama,....."Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah."

Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.
Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( - ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi.

Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:

* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda


Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan 
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...