Kelebihan Omega Guard Shaklee (Kapsul Minyak Ikan Terbaik Dunia) , Ketahui Perbezaan dan Manfaatnya kepada kita


Kami ingin berkongsi kebaikan dan manfaat Omega Guard Shaklee dengan anda semua. Entri kali ini ingin mengupas lebih lanjut mengenai Kelebihan Minyak Ikan (kapsul) Shaklee (Omega Guard) dan manfaatnya. Jom baca sampai habis.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan HDA.





Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semualjadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) merupakan bahan kimia industri yang sanagt bertoksik.

Manfaat Utama

Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS serta membantu kulit licin dan kemerah-merahan.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok. Antara fungsi DHA dan EPA ialah:
  • boleh menentang thrombosis
  • tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
  • melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. 
  • merendahkan tahap kolestrol
  • menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • mengawal masalah obesiti
  • mencegah arteriosclerosis & myocardial infraction
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega-3 EPA & DHA. 
DHA:
  • meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • mencegah penyakit Alzheimer
  • memlihara penglihatan dan pendengaran
  • mencegah migraine
Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, heaptitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Menentang kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon (usus). Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dna DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan, kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, autisme, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.

sumber : Panduan Nutrisi Shaklee credit 

Next entri akan kami kongsikan.. Kenapa mesti ikan laut air dalam?

p/s JOM dapatkan pembelian minimum sebotol Omega pada harga eksklusif! Hubungi saya skrg!

Sekiranya anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya,





Siti Hajar [mamabusyra] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 862681 ]
sms/whatsapp 012 4494611 | mamabusyra@gmail.com |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...