GUSI BERDARAH, Ketahui Puncanya..

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang mengalami kekerapan GUSI BERDARAH lagi-lagi ketika sedang memberus gigi. Tahukah anda punca gusi anda berdarah? Adakah ianya suata perkara yang serius dan boleh membawa kemudaratan jika dibiarkan tanpa pencegahan dan penjagaan yang rapi? Saya kongsikan artikel mengenai gusi berdarah ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua. 
Dianggarkan masalah yang berlaku akibat penyakit periodontium atau penyakit gusi ini melibatkan hampir 80 peratus daripada penduduk dunia. Penyakit periodontium yang bermula dengan (gingivitis) radang gusi tidak menunjukkan sebarang tanda, menyebabkan sebahagian besar individu tidak menyedari kehadirannya. Bagaimanapun, radang gusi mudah dirawat dan keadaan gusi boleh kembali normal. Pakar Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Rosnah Abdul Jalil berkata, penyakit ini hanya disedari apabila radang gusi telah merebak menjadi periodontitis.
"Pada peringkat ini pesakit perlu memberi perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah. Malah, rawatan juga menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.
Namun, adakalanya ia tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.
Beliau menegaskan, bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis.
"Sesetengah individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi tanpa periodontitis kerana sistem pertahanan mereka kuat,'' jelasnya.
Menurut Dr. Rosnah, periodontitis bukan sejenis penyakit serius, ia hanya mengakibatkan gigi goyah sehingga terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.
PUNCA
---------
  • Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.
  • Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal.
  • Lama-kelamaan, plak yang tidak disingkir ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam, mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).
  • Plak bakteria ini kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.
  • Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.
  • Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.
  • Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RADANG GUSI
---------------------------------------------------------------------
Faktor etiologi primer - plak bakteria

  • Plak bakteria adalah pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gigi berhampiran gusi.
  • Plak di tahap minimum sukar dilihat secara kasar tetapi kehadirannya boleh dipastikan dengan menggunakan pewarna eritrosin.
  • Plak bakteria yang terdapat dalam mulut manusia mempunyai fungsi dan keperluan tertentu.
  • Bagaimanapun, plak bakteria yang dibiarkan membiak dan tidak dibuang akan menjadi lebih tebal sehingga memudaratkan gusi.
  • Lapisan plak yang tebal ini berwarna kuning atau kelabu.
  • Dalam beberapa minggu, plak ini akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus) yang berwarna kuning atau hitam.
  • Plak bakteria boleh mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi merah serta membengkak.
  • Peringkat ini yang dipanggil radang gusi jika tidak dikawal akan menjadi periodontitis.
  • Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kalkulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium dan tulang alveolus yang menyokong gigi.
  • Akibatnya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil poket periodontium.
  • Faktor etiologi sekunder pula terbahagi kepada:
a. Faktor ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)
* Tampalan yang tidak sempurna atau permukaannya tidak licin.
* Karies gigi.
* Penggunaan alat seperti dentur atau aplians ortodontik.
* Kedudukan gigi yang tidak teratur.
* Kehadiran kalkulus atau karang gigi.
* Tabiat seperti menggigit benda asing dan bruksisma.
b. Faktor intrinsik (sistemik atau dalam badan)
* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's thrombaesthenia - gusi berdarah secara spontan.
* Penyakit diabetes mellitus (kencing manis).
* Penyakit HIV.
* Penyakit neutropenia seperti agranulositosis, cyclic neutropenia, chronic idiopathic neutropenia dan benign familial neutropenia.
* Pada awal kehamilan, wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.
* Terdapat kemungkinan tumbesaran pada gusi (epulis penghamilan).
* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.
* Kekurangan vitamin C.
* Penyakit Sindrom down - kekurangan faktor pertahanan.
* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau Sindrom sjogrens.
TANDA-TANDA
------------------
*Perubahan pada gusi
Gusi berubah warna menjadi merah kebiru-biruan, bengkak pada konturnya.
Pada peringkat ini, nafas pesakit mula berbau. Gusi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus.
Ia berwarna merah jambu pucat, kukuh apabila disentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok.
Bagaimanapun, sesetengah etnik yang berkulit hitam mempunyai warna gusi yang lebih gelap.
* Pempoketan
Gusi yang sihat dan tidak bermasalah akan rapat dengan gigi. Bagaimanapun, kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi menyebabkan berlakunya pempoketan.
Poket ini terbentuk apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium.
Keadaan ini mengakibatkan gusi menjadi renggang. Kandungan poket yang terdiri daripada plak, kalkulus dan sisa-sisa makanan ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi.
Malah, penyakit ini dianggap telah kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.
RAWATAN
-------------
  • Tunjuk ajar kebersihan mulut diikuti dengan rawatan mengikis plak dan karang gigi dikikis (penskaleran). Rawatan ini diikuti dengan menggilap permukaan gigi hingga licin (pengilapan).
  • Kerjasama pesakit untuk mengawal plak dengan berkesan amat penting supaya plak tidak berulang.
  • Bagaimanapun, jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika kemusnahan pada tulang tidak serius.
  • Cara rawatan adalah sama seperti radang gusi, tetapi satu prosedur pengetaman akar gigi akan dilakukan.
  • Akar gigi yang berhadapan dengan poket periodontium dikikis untuk menghapuskan toksin yang melekat di permukaan akar gigi.
  • Ini bagi membolehkan fiber periodontium baru dibentuk dan gusi yang renggang itu boleh diperkukuhkan.

*Pembedahan

  • Jika masih terdapat poket periodontium selepas prosedur dilakukan, pembedahan periodontium perlu dilakukan.
  • Selepas pembedahan, kegoyahan gigi berkurangan dan nanah serta kejadian gusi berdarah akan berhenti.
  • Sebaliknya, jika penyakit itu di tahap lanjut terdapat kemungkinan gigi yang terbabit terpaksa dicabut. Rawatan periodontium mungkin mengambil masa yang panjang dan beberapa susulan.
  • Kejayaan rawatan periodontium juga bergantung kepada komitmen pesakit untuk meningkatkan kebersihan mulut supaya penyakit itu tidak berulang.
  • Pada masa yang sama, pesakit yang telah tamat rawatan disaran berjumpa doktor dalam fasa pengekal untuk memastikan ia tidak berulang.
credit : utusan online

JOm dptkan VITA-C sustained release & OSTEMATRIX (kalsium tablets) sbg makanan tambahan anda utk mencegah GUSI berdarah dan banyak lg manfaat pengambilan VITA-C & OSTEMATRIX


klik gambar utk mengetahui dgn lebih lanjut INFO OSTEMATRIX


Berminat ?? Hubungi saya , Ct Hajar | email : mamabusyra@gmail.com | sms/whatsapp : 012 4494611

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...