Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

Sakit Sendi (Arthritis) sangat membebankan. Ada tak Suplimen Shaklee untuk masalah sakit sendi

Penyakit ini menyeksakan jutaan manusia di seluruh dunia. Arthritis adalah penyakit degeneratif (penyakit berkaitan penuaan) yang kronik dan berbeza daripada jenis sederhana sehingga ke tenat dan melemahkan. Arthritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuk kemerahan, bengkak, keempukan, kekakuan, rasa sakit sakit dan kepanasan di kawasan terbabit. Ada lebih 100 jenis arthritis termasuk osteoarthritis, arthritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan penyakit gout.

Arthritis paling biasa ialah osteoarthritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’/‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.

Osteoarthritis
----------------
Osteoarthritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, adalahjenis arthritis paling biasa. Osteoarthritis ialah keadaan yang kronik dan mencirikan kerosakan rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi dengan senang.
Rawan sihat sangat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa kesakitan. Namun apabila diserang osteoarthritis, rawan menjadi rosak dan beransur lusuh dan haus. Proses melusuh berterusan sehingga sedikit saja atau tiada lagi rawan tinggal pada sendi terbabit.
Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan sedemikian, sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi ‘krik-krik’. Kesakitan dan kekakuan dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoarthritis yang berlanjutan.
Osteoarthritis lazimnya membabitkan sendi tertentu saja seperti pinggang, tangan, lutut, bawah belakang dan leher. Osteoarthritis berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoarthritis berlaku lebih kerap pada lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia berlaku lebih kerap pada wanita.



Fakta Rawan
--------------
  • Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semula jadi. Namun, dalam penyakit osteoarthritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
  • Ramai yang menghidap osteoarthritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien perlu kepada badan supaya ia dapat membina rawan kuat dan anjal.
  • Mempunyai rawan kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk mewujudkan sendi sihat. Justeru dengan sokongan nutrisi betul, penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan yang haus dan lusuh.


Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
-------------------------------------------
  • Glukosamin dan kondroitin adalah dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoarthritis.
  • Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semula jadi bagi tisu sendi yang sihat.Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semula jadi yang diperlukan rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya dan juga menumpaskan enzim semula jadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
  • Glukosamin ialah sejenis sebatian semula jadi yang didapati dalam rawan sihat.Glukosamin juga unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan.
  • Kondroitin adalah unsur glycsoaminoglycans paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air’. Keupayaan kondroitin memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’.
  • Mengambil suplemen glukosamina membantu melegakan sakit sendi, membina semula rawan, meningkatkan keanjalan, melincirkan sendi, menggalakkan tisu sambungan yang sihat dan mengurangkan kekakuan.
  • Pada tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen glukosamin dan ekstrak Boswellia jauh lebih berkesan untuk merawat osteoarthritis sederhana hingga tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika glukosamin atau kondroitin diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
  • Kajian terkini menunjukkan kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glukosamina yang biasanya sennag diserap.  
Shaklee menawarkan suplimen berasaskan sumber semulaadi dan berkualiti untuk membantu anda mengatasi masalah ketidakselesaan sendi. Jom baca info menarik di bawah atau klik di sini (nota penuh)














Redakan penderitaan anda dengan suplimen Shaklee Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard & Ostematrix. Ternyata kelebihan suplimen Shaklee sentiasa Selamat, Mesra Alam, Semulajadi & Berkesan.

Testimoni akan dikongsikan next entri ^__^


Sekiranya anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya,





Siti Hajar [mamabusyra] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 862681 ]
sms/whatsapp 012 4494611 | mamabusyra@gmail.com |

GUSI BERDARAH, Ketahui Puncanya..

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah orang yang mengalami kekerapan GUSI BERDARAH lagi-lagi ketika sedang memberus gigi. Tahukah anda punca gusi anda berdarah? Adakah ianya suata perkara yang serius dan boleh membawa kemudaratan jika dibiarkan tanpa pencegahan dan penjagaan yang rapi? Saya kongsikan artikel mengenai gusi berdarah ini. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua. 
Dianggarkan masalah yang berlaku akibat penyakit periodontium atau penyakit gusi ini melibatkan hampir 80 peratus daripada penduduk dunia. Penyakit periodontium yang bermula dengan (gingivitis) radang gusi tidak menunjukkan sebarang tanda, menyebabkan sebahagian besar individu tidak menyedari kehadirannya. Bagaimanapun, radang gusi mudah dirawat dan keadaan gusi boleh kembali normal. Pakar Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Rosnah Abdul Jalil berkata, penyakit ini hanya disedari apabila radang gusi telah merebak menjadi periodontitis.
"Pada peringkat ini pesakit perlu memberi perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah. Malah, rawatan juga menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.
Namun, adakalanya ia tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.
Beliau menegaskan, bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis.
"Sesetengah individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi tanpa periodontitis kerana sistem pertahanan mereka kuat,'' jelasnya.
Menurut Dr. Rosnah, periodontitis bukan sejenis penyakit serius, ia hanya mengakibatkan gigi goyah sehingga terpaksa dicabut dan diganti dengan gigi palsu.
PUNCA
---------
  • Pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah ini.
  • Jika dibiarkan, plak yang berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal.
  • Lama-kelamaan, plak yang tidak disingkir ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam, mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).
  • Plak bakteria ini kemudiannya mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak.
  • Pada peringkat ini, ia dipanggil radang gusi. Bagaimanapun, jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.
  • Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.
  • Kesannya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI RADANG GUSI
---------------------------------------------------------------------
Faktor etiologi primer - plak bakteria

  • Plak bakteria adalah pengenapan lembut mengandungi bakteria yang melekat di permukaan gigi serta di bahagian gigi berhampiran gusi.
  • Plak di tahap minimum sukar dilihat secara kasar tetapi kehadirannya boleh dipastikan dengan menggunakan pewarna eritrosin.
  • Plak bakteria yang terdapat dalam mulut manusia mempunyai fungsi dan keperluan tertentu.
  • Bagaimanapun, plak bakteria yang dibiarkan membiak dan tidak dibuang akan menjadi lebih tebal sehingga memudaratkan gusi.
  • Lapisan plak yang tebal ini berwarna kuning atau kelabu.
  • Dalam beberapa minggu, plak ini akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus) yang berwarna kuning atau hitam.
  • Plak bakteria boleh mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi merah serta membengkak.
  • Peringkat ini yang dipanggil radang gusi jika tidak dikawal akan menjadi periodontitis.
  • Periodontitis ialah apabila plak bakteria serta kalkulus terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium dan tulang alveolus yang menyokong gigi.
  • Akibatnya, gusi menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil poket periodontium.
  • Faktor etiologi sekunder pula terbahagi kepada:
a. Faktor ekstrinsik (setempat atau dalam mulut)
* Tampalan yang tidak sempurna atau permukaannya tidak licin.
* Karies gigi.
* Penggunaan alat seperti dentur atau aplians ortodontik.
* Kedudukan gigi yang tidak teratur.
* Kehadiran kalkulus atau karang gigi.
* Tabiat seperti menggigit benda asing dan bruksisma.
b. Faktor intrinsik (sistemik atau dalam badan)
* Penyakit yang berkaitan dengan pembekuan darah seperti leukemia, hemofilia dan Glanzmann's thrombaesthenia - gusi berdarah secara spontan.
* Penyakit diabetes mellitus (kencing manis).
* Penyakit HIV.
* Penyakit neutropenia seperti agranulositosis, cyclic neutropenia, chronic idiopathic neutropenia dan benign familial neutropenia.
* Pada awal kehamilan, wanita menghasilkan hormon estrogen dan progesteron yang menyebabkan radang gusi bertambah teruk.
* Terdapat kemungkinan tumbesaran pada gusi (epulis penghamilan).
* Ubat-ubatan - yang dimakan oleh pesakit yang menjalani pemindahan organ (cyclosporin), ubat penyakit jantung (nifedipine) dan ubat penyakit sawan atau epilepsi (sodium dilantin) akan mengakibatkan pertukaran fibrosis pada gusi.
* Kekurangan vitamin C.
* Penyakit Sindrom down - kekurangan faktor pertahanan.
* Masalah kekurangan air liur - akibat radioterapi, kimoterapi atau Sindrom sjogrens.
TANDA-TANDA
------------------
*Perubahan pada gusi
Gusi berubah warna menjadi merah kebiru-biruan, bengkak pada konturnya.
Pada peringkat ini, nafas pesakit mula berbau. Gusi yang sihat disokong dengan kuat oleh fiber periodontium dan tulang alveolus.
Ia berwarna merah jambu pucat, kukuh apabila disentuh dan tidak mudah berdarah apabila gigi digosok.
Bagaimanapun, sesetengah etnik yang berkulit hitam mempunyai warna gusi yang lebih gelap.
* Pempoketan
Gusi yang sihat dan tidak bermasalah akan rapat dengan gigi. Bagaimanapun, kemusnahan fiber periodontium serta tulang penyokong gigi menyebabkan berlakunya pempoketan.
Poket ini terbentuk apabila plak dan kalkulus menggantikan fiber periodontium.
Keadaan ini mengakibatkan gusi menjadi renggang. Kandungan poket yang terdiri daripada plak, kalkulus dan sisa-sisa makanan ini tidak boleh dibersihkan hanya dengan berus gigi.
Malah, penyakit ini dianggap telah kronik apabila berlakunya pembengkakan dan bernanah.
RAWATAN
-------------
  • Tunjuk ajar kebersihan mulut diikuti dengan rawatan mengikis plak dan karang gigi dikikis (penskaleran). Rawatan ini diikuti dengan menggilap permukaan gigi hingga licin (pengilapan).
  • Kerjasama pesakit untuk mengawal plak dengan berkesan amat penting supaya plak tidak berulang.
  • Bagaimanapun, jika radang gusi telah merebak menjadi periodontitis, gigi masih boleh diselamatkan jika kemusnahan pada tulang tidak serius.
  • Cara rawatan adalah sama seperti radang gusi, tetapi satu prosedur pengetaman akar gigi akan dilakukan.
  • Akar gigi yang berhadapan dengan poket periodontium dikikis untuk menghapuskan toksin yang melekat di permukaan akar gigi.
  • Ini bagi membolehkan fiber periodontium baru dibentuk dan gusi yang renggang itu boleh diperkukuhkan.

*Pembedahan

  • Jika masih terdapat poket periodontium selepas prosedur dilakukan, pembedahan periodontium perlu dilakukan.
  • Selepas pembedahan, kegoyahan gigi berkurangan dan nanah serta kejadian gusi berdarah akan berhenti.
  • Sebaliknya, jika penyakit itu di tahap lanjut terdapat kemungkinan gigi yang terbabit terpaksa dicabut. Rawatan periodontium mungkin mengambil masa yang panjang dan beberapa susulan.
  • Kejayaan rawatan periodontium juga bergantung kepada komitmen pesakit untuk meningkatkan kebersihan mulut supaya penyakit itu tidak berulang.
  • Pada masa yang sama, pesakit yang telah tamat rawatan disaran berjumpa doktor dalam fasa pengekal untuk memastikan ia tidak berulang.
credit : utusan online

JOm dptkan VITA-C sustained release & OSTEMATRIX (kalsium tablets) sbg makanan tambahan anda utk mencegah GUSI berdarah dan banyak lg manfaat pengambilan VITA-C & OSTEMATRIX


klik gambar utk mengetahui dgn lebih lanjut INFO OSTEMATRIX


Berminat ?? Hubungi saya , Ct Hajar | email : mamabusyra@gmail.com | sms/whatsapp : 012 4494611

Ibu Hamil Perlukan Kalsium Secukupnya - Bantu KURANGKAN Komplikasi Semasa Meneran

Jarang orang dewasa membicarakan tentang kalsium. Dari pengamatan saya, ramai yang risau tentang kalsium di kalangan anak-anak, tapi pada ibu sendiri (dan bapa juga) tidak dirisaukan tentang keperluan kalsium. Malah ada ibu menyusu yang tidak kisah tentang sakit2 tulang atau gigi yang rosak (akibat kurang kalsium) asalkan anak mendapat zat yang cukup.
Kenyataan ini disokong oleh satu atikel dalam akhbar Kosmo yang akan saya kongsikan di bawah dengan hightlight kepada point2 penting:

Kurangkan komplikasi semasa meneran


Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my
APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.
IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.
Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
Anda bagaimana? Dapatkan suplimen untuk bantu anda mendapat nutrisi kalsium dan vitamins lain dgn secukupnya.. Set KEHAMILAN SHAKLEE lengkap dgn semua nutrisi yg diperlukan oleh seorang ibu mengandung. Suplimen Kalsium Shaklee ialah Ostematrix.. Kelebihannya..

OsteMatrix(calcium magnesium) - 4 biji sehari
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya..vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua. 

 ♥ OMEGA GUARD Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby. 
♥ Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Tidak kurang pentingnya, Omega mengelakkan sakit2 sendi yang kadangkala berlaku terutamanya di bahagian lutut akibat menampung berat badan yang bertambah dengan peningkatan berat janin.
♥ Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D.
♥ B Kompleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
♥ Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah
♥ Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Sekiranya anda ingin membuat PERTANYAAN HARGA & TEMPAHAN mana-mana SET atau PRODUK yg ditawarkan oleh mamabusyra, sila ambil tindakan spt berikut:

1 - PM personal FB saya SITI HAJAR 
(http://www.facebook.com/Jad.MamaBusyra)

atau PM mamabusyra official page
(http://www.facebook.com/WeLOVEHealthyLifestyle)

atau EMAIL to mamabusyra@gmail.com

atau SMS : PM mntk number saya (019-4608797 belum aktif lagi)

2 - Nyatakan SET / PRODUK yang ingin dibeli.
3 - Saya akan berikan HARGA OFFER JULY dan details CARA MEMBUAT PEMBAYARAN.
4 - Jelaskan Bayaran & EMAIL kan RECEIPT sebagai bukti.
5 - ORDER akan dihantar via POSLAJU (2-3 hari bekerja)

Terima kasih atas kerjasama anda.


Siti Hajar / Jad.MamaBusyra

Shaklee Independent Distributor

(Shaklee ID: 862681)
mamabusyra@gmail.com

Testimoni Pengambilan GLA, Ostematrix & Omega Guard..

xmo crita pnjg2,, juz nak share testimoni as per print screen below.. captured from FB closed group ( group special utk customers ) JOm layanssszz....


- TESTIMONI GLA COMPLEX -


 - TESTIMONI OSTEMATRIX -




- TESTIMONI OMEGA GUARD -

anda BERMINAT?? mahu CUBA?? 
sila hubungi saya, sms boleh, PM kt my FB pon bleh.. 

*HIGHLY RECOMMENDED FOR ALL WOMEN*


PERHATIAN utk ANDA yg bergelar WANITA...

PERHATIAN utk ANDA yg bergelar WANITA...

hargai diri anda selagi bernafas...

berikan y terbaik untuk KESIHATAN anda..

WANITA SIHAT perlukan SUPLIMEN utk terus MENYOKONG KESIHATAN anda... lazimnya masyarakat kita baru hendak mencari SUPLIMEN apabila telah disahkan mengidap sesuatu penyakit...
segalanya bermula dgn USAHA..tawakkal..dan jua izin dr NYA..
apa gunanya LAMBAKAN WANG RINGGIT, tetapi tubuh badan tidak cukup SIHAT...

"KESIHATAN adalah nikmat kedua terbesar selepas nikmat IMAN.."
"KESIHATAN perlu utk terus bergerak aktif melalukan ibadah & 
kerja2 seharian.."

Anda BKN WANITA? Sewajarnya berikan HADIAH kpd WANITA KESAYANGAN ANDA, tidak perlu utk menunggu sempena HARI IBU, HARI GURU, HARI WANITA dsb. Tetapi, kebetulan bulan ni sgt ISTIMEWA buat insan bergelar WANITA!

ISTIMEWA MAY ..SPECIAL PRICE OFFERED!!
PROMOSI HANYA PADA BULAN INI SHJ..

JOm fahami fakta mengenai Suplimen yg disarankan..

# Apa itu GLA?
GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

# Faedah GLA 
GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), pengidap arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapatmembantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan. Dan juga wanita yg ingin mencantikkan kulit.
Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose (EPO) secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit.Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis. baca selanjutnya disini.. 

APa Itu OSTEMATRIX?? Faedahnya?? Klik di bwh

OMEGA GUARD Shaklee..Kelebihannya..?? Klik link dibwh

jika anda BERMINAT untuk mendapatkannya.. feel free to contact me !!! tq~

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Setiap pembelian anda di mamabusyra.blogspot.com anda layak menerima hadiah istimewa * (T&C ), Jadual Makan & Tips Eksklusif, Konsultasi Percuma dan anda dijemput ke 
Exclusive Closed Group di Facebook.

Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan Suplemen Shaklee, 

boleh refer CARA ORDER | sila PM di Facebook saya 
Jad.MamaBusyra | sms - 0194608797 | 
PM di FB Fan Page | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA MAY PROMOTION !!*PERCUMA KOS PENGHANTARAN + FREE GIFT* 
Berminat?? Segera hubungi saya..
*Disclaimer
 
*Healing Crisis
Saya menjemput pengunjung2 blog saya utk mendapatkan perkongsian ilmu selanjutnya dgn cara "LIKE" WeLOVEHealthyLifestyle fan page di FacebookKami sentiasa update info & tips berkaitan kesihatan, penyusuan, kehamilan, keibubapaan dan sebagainya dari masa ke semasa

Ostematrix Perlu Untuk Siapa



Nak tahu apakah yang terkandung dalam setiap kaplet Ostematrix? JOm baca sini..


Kenapa Ostematrix Shaklee menjadi pilihan ramai? JOm klik sini..




Siapa yang perlukan Ostematrix @ SET E ?

  • Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  • Mereka yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.


Yakinlah dengan pilihan anda..Shaklee terbukti selamat, berkesan dan mesra alam..


Kepada sesiapa yang nak supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...