Menyelami hobi baru 'Quilting'

Sekian lama berhajat.. sekian lama berniat..akhirnya tercapai jua.. aktiviti menjahit. Hakikatnya tak pernah minat sebelum ini dari zaman sekolah sampai masuk universiti tak pernah terlintas nak pandai menjahit. Ummi seorang yang berkebolehan menjahit. Ada kemahiran, tahu membuat baju kurung, tp si anaknya tak pernah teringin nak belajar.. dapat belajar free pun tak nak.. haha

Selepas berkahwin, mesin jahit pun tak ada. Tak terfikir nak menjahit dengan kesibukan bekerja ikut waktu normal jam bekerja mana mungkin nak menjahit bagai ini. Sudah tentu hari minggu nak bersantai rehat-rehatkan badan mencipta seribu alasan.. Kadang-kadang ke pejabat utk kerja lebih masa n lebih duit.. hehe

Sekarang, lain ceritanya.. Seronok sangat duk rumah as WAHM (work at home mom). Buat la kerja apa pun asalkan base kt rumah. Jaga anak. Jaga suami. jaga keperluan dalam rumah. Alhamdulillah dorongan dr Allah Taala dengan sokongan suami tercinta.
Sudah tentu kurang selesa tinggal di rumah bersahaja dengan buat kerja rumah seperti membasuh, memasak, mengemas rumah, uruskan anak.. oh tidak. Ilmu yang pernah dipelajari bertahun tahun mesti di aplikasi sebaik mungkin! Ya pasti .. tekad!

Sebelum ini sibuk kerja-kerja rumah rutin mcm biasa suri rumah yang lain.. yang utama business Shaklee.. now tambah hobi baru menjahit quilt.

Ramadhan yang lalu rezeki membeli sebuah mesin jahit Brother nv50. Memadai utk 'beginner' spt aku. Zero knowledge. Zero skill. Tok guru utama google n you tube. Buku rujukan tak ada. Semuanya gooooogle Utube shj..  tak susah pun bila ADA KEMAHUAN dan juga alatan sokongan lengkap. Semuanya dikumpul dengan hasil business sendiri. Sedikit-sedikit lama-lama membukit juga alatan menjahit craft & quilt yang aku perlukan.

cotton designer + Brother nv50

Add caption

quilt rulers

rotary mat Olfa

Fabric Cutter Olfa

Quilt ruler

Hasil pertama terus buat quilt. Sebab geram study dekat you tube lama dah tapi tak boleh buat lagi. Sekali dah beli mesin jahit memang gatal tangan la nak buat terus.
quilt ini khas utk blanket Alya.


blanket/comforter quilted. permulaan ini mencipta pengalaman utk membuat quilt denagn lebih kemas lagi.
Hasil seterusnya,
Pillow & Bolster Cover

Simple bedding set alya hasil kerja tangan mamanya ^^


2nd quilt utk alya busyra. batting 0.5 inch, so sesuai utk buat blanket/comforter
Sehingga ke hari ini, lima unit baby quilt berjaya dihasilkan yang ianya dibuka untuk jualan kepada yang berminat. Next post akan saya kongsikan lima unit baby quilt yang dimaksudkan.. ^^










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...