Panduan Pemilihan CARA untuk Menyimpan atau Mengendalikan SUSU IBU (EBM)

 

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.
Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.

credit
Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 3 Februari 2012

Kebaikan Susu Ibu .. Tiada Tandingan



~ Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
~ Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula.
~ Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit.
~ Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
~ Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak.
Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
~ Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa.
~ Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal.
~ Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
~ Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
~ Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Merancang Hidangan yang SIHAT untuk Keluarga


Rancang menu hidangan untuk keluarga :

  • Pilih hidangan yang digemari ahli-ahli keluarga dan sesuaikan resipi mengikut cara yang dicadangkan di dalam buku ini. 
  • Hidangkan masakan yang mudah disediakan tetapi menarik dan menyelerakan. 
  • Sediakan hidangan yang menggunakan campuran pelbagai jenis bahan makanan. 
  • Gunakan cara memasak yang mengekalkan warna dan rasa asal makanan. 
  • Hidangkan makanan yang baru dimasak. 
  • Hidangkan makanan bersama-sama campuran ulam-ulam dan hidangan sayur-sayuran yang segar bersama-sama buah-buahan segar yang beranika warna dan bentuk.

Rancangkan supaya hidangan disediakan pelbagai cara. Ini termasuk memangang, mengukus, merebus dan memanggang, mengukus, merebus dan menggoreng tanpa minyak. Kurangkan hidangan bergoreng terutamanya yang disaluti tepung.

Gunakan air limau nipis atau kasturi untuk menambah kelazatan makanan yang dipanggang atau dikukus. Utamakan buah-buahan sebagai pembasuh mulut. Hidangan jus buah-buahan segar atau air kosong untuk mengantikan minuman manis.

Bahagikan hidangan makanan mengikut waktu makan sepanjang hari:

  • Utamakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. 
  • Rancang waktu mengikut waktu biasa. 
  • Jika mengambil makanan ringan, pastikan ia dimakan dua jam sebelum waktu makan utama. 
  • Sajikan makanan mengikut saiz hidangan yang sesuai dengan keperluan untuk mengelak pengambilan makanan yang berlebihan. 

Menyediakan Hidangan Yang Sihat

Cara menyedia dan memasak makanan yang bijak boleh membuat sesuatu hidangan itu lebih berkhasiat:

  • Buangkan lemak daging dan kulit ayam. 
  • Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebelum dimakan. Elakkan daripada merendam buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebaliknya gunakan air bersih yang mengalir. 
  • Elakkan daripada memotong atau menghiris kecil buah-buahan dan daun sayur-sayuran. 
  • Rebus ubi kentang dan keledek bersama kulit setelah dibersihkan. 
  • Gunakan air cuma sebanyak yang mencukupi apabila menyediakan masakan sup atau makanan berkuah. 
  • Tentukan air telah mendidih atau minyak adalah panas apabila memasukkan makanan untuk dimasak. 
  • Elakkan memasak terlalu lama untuk mengekalkan warna dan bentuk sayur-sayuran. Masukkan bahagian-bahagian sayur yang lebih keras dahulu. 
  • Tutup kuali atau periuk apabila memasak sayur-sayuran untuk mengelak kehilangan vitamin. menutup kuali atau periuk apabila mengoreng tanpa minyak memendekkan masa memasak dan mengekalkan khasiat sayur-sayuran. 
  • Kurangkan penggunaan garam, kicap, sos, bahan perisa dan soda. Sebaliknya gunakan air rebusan ayam, daging, ikan bilis dan sayur-sayuran. 
  • Kurangkan kandungan lemak sup dengan membuang lapisan minyak yang beku setelah disimpan dalam peti sejuk. 
  • Elakan daripada menggunakan minyak masak yang telah bertukar warna setelah dipanaskan kepada suhu tinggi bagi jangkamasa yang sama. 
  • Bahan makanan yang mudah rosak serperti daging, ayam, ikan, susu, telur dan makanan yang telah dimasak perlu disimpan pada suhu yang rendah di dalam peti ais sebelum digunakan. Potong daging dan ayam mengikut amaun yang diperlukan untuk satu masakan sebelum dibekukan. Membeku semula makanan yang telah dicairkan boleh menyebabkan makanan menjadi rosak dan mengakibatkan keracunan makanan.

[TESTIMONI] Vita-C 500mg, Vita-E complex, ESP

Terima kasih kepada customer sy yg sudi berkongsi kepuasan hasil drpd penggunaan produk y mereka ambil. Pengambilan suplimen hanya merupakan cabang USAHA utk KESIHATAN tubuh badan, maka KEBERKESANAN produk, semuanya atas izin dr Allah swt..

Maaflah agak sibuk dan jarang dpt update blog,,sbnrnya byk ilmu / info/ tips yg ingin dikongsikn bersama anda.. sy akan usahakn terdaya ya.. So entri kali ini nak kongsi feedback dr customers sy tentang produk y mereka ambil.. VITA-C, VITA-E dan ESP antara HOT ITEM sepanjang bln puasa ni.. kes nak cunn hari raya nt ler.. Sebelum itu, nk war2 kan mengenai COLLAGEN POWDER SHAKLEE..Bagi anda yg nk berkolagen utk kulit.. anda patut mencuba Shaklee Collagen Powder, mmg BEST! mmg harga agak tinggi sdkt, tp anda boleh PM saya utk discuss ya.. ^__^ oK utk maklumat lanjut tentang Collagen Powder BOleh klik kt gmbr bwh ni ya.. direct link trus ke page FB mamabusyra.. sy dh update kt situ details psl new product ini.. happy reading!


okei JOM baca testimoni kt bawah ni..

testimoni bergambar sharing from aishah, TQ!


sharing testi from Linda, tq! asalnya beliau ambil ESP utk pekatkn susu .. bonus nya, kulit muka pon cantekk

haa, ini testimoni bergambar y latest, uollss nak kulit glowing.. flawlss cmni, boleh cuba vit E & C shaklee consistently ya...




ni jugak latest feedback frm my custmer.. thnx ya puteri..


okei, utk dptkan more info, more testi, latest update frm mamabusyra, sila LIKE our FB page facebook.com/WeLOVEHealthyLifestyle

PM me utk ORDER dan maklumat lanjut... TQVM ~
salam 20 ramadhan,
mamabusyra...
sms/whatsapp: 012-4494611
email : mamabusyra@gmail.com



NUTRIFERON : Suplimen yg bantu Tingkatkan IMUNITI


Adakah anda sering sakit? Adakah anak anda sering demam? Adakah anda mudah diserang selesema?
Memperkenal kan ...

NutriFeron™
-------------

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
---------------------------------------------------
>> Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

>> Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

>> Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

>> Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :
-----------------------
1) Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
2) Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.

Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
---------------------------------------------------
>> Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
>> Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
>> Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak
memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
>> Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan
berpanjangan melebihi seminggu.
>> Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam,
dan demam berpanjangan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

berminat utk dapatkan PEK PROMO NUTRIFERON pada bulan ini, sila hubungi saya..

[ Ct Hajar ]
SHAKLEE Independent Distributor (862681)
email : mamabusyra@gmail.com
sms/whatsapp : 012 4494611
FB : www.facebook.com/WeLOVEHealthyLifestyle
BLOG : www.mamabusyra.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...