Makanan yg Perlu Dielakkan Sehingga Bayi Berusia 2 Tahun

info sharing frm : ratuhati.com
Semakin bayi anda membesar, semakin dia berminat mahu mencapai dan merasa makanan
yang anda makan. Anda juga semakin tidak sabar untuk memperkenalkan makanan yang baru kepada anak anda. Perlu diingat, tidak semua makanan sesuai untuk bayi anda kerana ada antara makanan belum lagi sesuai dengan sistem penghadaman bayi anda yang belum matang dan juga boleh membawa kepada masalah alahan. Tercekik juga adalah antara sebab kenapa sesetengah makanan tidak sesuai dimakan oleh bayi anda. Penting untuk anda tahu makanan yang perlu dielakkan. Teruskan membaca..


Makanan Yang Perlu Dielakkan: Baru Lahir Hingga 4 atau  Hingga 6 Bulan


Semua makanan pejal
Sistem penghadaman bayi belum dapat menghadam makanan pejal dengan sempurna.


Makanan Yang Perlu Dielakkan:  4 Hingga 12 bulan


Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah memberi
anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal. 
Makanan Yang Telah Diproses
Sup, sayur  dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. 


Putih Telur
Bayi boleh makan kuning telur etapi anda perlu tunggu sehingga bayi berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana risiko alahan putih telur adalah tinggi.  
Buah-buahan Citrus
Buah-buahan dan jus citrus seperti buah oren, lemon dan anggur boleh menyebabkan alahan terhadap bayi bawah setahun terutamanya jika terdapat sejarah alahan dalam keluarga. Buah-buahan citrus juga mengandungi asid yang tinggi dan boleh menyebabkan ruam yang pedih.  


Madu
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh membawa kepada maut!  


Kacang, Mentega Kacang 
Selain daripada risiko alahan kepada kacang yang sangat tinggi, kacang juga boleh menyebabkan bayi tercekik terutamanya mentega kacang.  


Susu Lembu, Susu Kambing, Susu Soya dan semua produk susu yang tidak dipasteur
Teruskan dengan susu ibu atau susu formula sehingga bayi setahun. Bayi masih belum boleh menghadam protein dalam susu lembu dan kandungan mineral yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang bayi. Ia juga tidak mempunyai semua khasiat yang bayi perlukan. Produk susu lain seperti yogurt dan keju boleh diambil hanya jika tiada sejarah alahan terhadap susu lembu dalam keluarga.  


Makanan Laut
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko
alahan yang tinggi.  


Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.  


Jus Buah Pekat 
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.


Gandum dan Produk Gandum
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut) di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.  




Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa
jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga
3 tahun.


Makanan Yang Perlu Dielakkan:  12 bulan hingga 24 bulan
Susu Rendah Lemak
Bayi/kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan lemak dan kalori untuk
pertumbuhan dan pembesaran. Selepas umurnya 2 tahun, anda boleh mula memberi susu
rendah lemak jika anak anda terlebih berat. Berbincang dengan doktor anda seelok-eloknya. 


Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan terhadap apa-apa
jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga
3 tahun.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...