Tidak Serasi Dgn Supplemen Shaklee? Bagaimana Anda Menghadapi Healing Crisis?


Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima.
credit :mamafaiz


JOm kita baca entri yg ditulis oleh MommyLyna tentang tajuk ini...

Di samping mereka yang merasai perubahan selepas mengambil supplement natural Shaklee ini, ada juga yang merasakan tiada kesan terhadap diri mereka. Apakah benar bahawa supplement tersebut tidak sesuai dengan tubuh mereka?Tubuh kita terbina dari pelbagai bahan termasuk vitamin dan mineral. Biasanya kita mendapat bekalan vitamin dan mineral dari pemakanan dan persekitaran, misalnya vitamin C dari buah dan vitamin D dari cahaya matahari. Namun disebabkan beberapa faktor, kebanyakan vitamin dari sumber tersebut tidak dapat membekalkan keperluan tubuh kita yang secukupnya. Oleh itu kita perlu vitamin.

Vitamin & mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi.Namun, adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin?Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, etc. bila mengambil supplement Shaklee
2. Yang merasakan tiada apa2 perubahan terhadap dirinya
3. Yang mengalami masalah seperti ruam2, gatal2 dan sebagainya.

Penerangan:
Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.
Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab2 tertentu.
Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.

Krisis penyembuhan atau healing crisis adalah kesan yang dapat dirasai oleh mereka yang mengambil makanan tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan pemakanan tambahan bermutu Shaklee.Pengambilan makanan bernutrisi tinggi (dalam kes ini, vitamin/mineral Shaklee) membuatkan nutrien ini bertindakbalas dengan oksigen dan menjadikan sistem dalaman kita lebih cergas bekerja. Oleh yang demikian, tisu2 dan sel2 mula membuang toksin. Jadi, mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin nak demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah2 dan sebagainya. Kenapakah proses pembuangan toksin boleh mendatangkan kesan sedemikian?
Sebenarnya ia bukan kesan sampingan atau side effect, sebaliknya tindakbalas normal, dan sekiranya anda menghadapi krisis penyembuhan ia adalah petanda yang elok. Maknanya sistem badan anda mula bekerja untuk menjana sel-sel baru dalam tubuh.Umpama sebuah tangki yang berkarat di bahagian dalamnya. Apabila dibersihkan, maka keluarlah karat2nya, lalu tinggallah tangki yang bersih. Tubuh kita seperti tangki itu yang penuh dengan karat. Oleh itu, seperti karat2 yang keluar bila dia dibersihkan, toksin dan benda bahaya akan keluar dari badan kita bila mengambil supplement.
Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis? Seperti tangki di atas, bila nak kurangkan nampak kotor kelodak dan karat yang keluar, kita alirkan air yang banyak agar ia cair. Begitulah juga dengan healing crisis. Perlu tambah kuantiti air yang diambil. Supaya kesan healing crisis dapat diatasi.Jangan risau sekiranya anda mengalami krisis penyembuhan/healing crisis. Ia bukan satu petanda ketidakserasian, atau badan anda tidak sesuai dengan Shaklee. Malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.



Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!


Kepentingan Omega 3 Buat Ibu Hamil



Omega 3 Dalam Diet Amat Membantu Perkembangan Janin.
DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutamapada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

DHA Kaya Dalam Susu Ibu.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini pakar mencadangkan supliment Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri. Selain itu, suplimen lain yang disyorkan untuk ibu mengandung atau menyusu, seperti asid folik, tetapi Omega 3 lemak tidak terkecuali untuk penbangunan otak janin, pembangunan mata, dan lain-lain aspek perkembangan janin.

KAJIAN 1
The Lancet pada tahun 2007, 11,000 wanita diuji.
Kesan tahap pengambilan makanan laut yang rendah (kurang daripada 340 gram) terhadap pembangunan kanak-kanak.Anak-anak wanita yang terlibat dalam kajian ini telah diuji dari umur 6 hingga 8 bulan. Dan didapati bahawa tahap pengambilan makanan laut yang rendah semasa mengandung memlahirkan kanak-kanak yang mempamerkan tahap IQ yang lebih rendah berbanding daripada mereka yang mempunyai tahap pengambilan makanan laut yang tinggi semasa mengandung.Bukan itu sahaja malah, ia juga menunjukkan bahawa anak-anak wanita dengan tahap pengambilan makanan laut yang lebih rendah mempunyai masalah-masalah lain seperti kurang kemahiran komunikasi dan kurang kemahiran motor halus serta beberapa isu-isu tingkah laku sosial.

KAJIAN 2
American Journal of Clinical Nutrition, 2007
Kesan daripada suplemen DHA pada wanita hamil. Suplemen yang telah dimakan dari bar bijirin yang ditambah dengan DHA. Suplemen bermula pada 24 minggu kehamilan sehingga kelahiran. Dapati bahawa bayi wanita yang telah ditambah diet mereka dengan DHA semasa hamil menyelesaikan masalah dengan lebih baik berbanding daripada kumpulan ibu yang tidak menerima makanan diperkaya DHA.Banyak lagi kajian demi kajian dilakukan. Keputusan masih membawa kepada kesimpulan bahawa pengambil minyak ikan, dan khusus DHA, semasa mengandung boleh memberi bayi anda suatu permulaan yang baik dalam kehidupan.

Cadangan Kuantiti Pengambilan DHA
Sekitar 200 hingga 300 mg DHA sehari dicadangkan bagi ibu-ibu yang mengandung dan menyusu. Dengan corak pemakanan harian moden kini, kita tidak mungkin akan mendapat DHA yang cukup di dalam makanan kita. DHA didapati terutamanya dalam minyak ikan, bersama-sama dengan asid faty Omega 3 lain seperti EPA. Ibu-ibu mesti berhati-hati dalam memilih suplimen Omega 3. Harga dan jenama tidak menjamin ia adalah minyak ikan yang bagus. Ikan boleh mengumpul toksin laut dalam sistem mereka, seperti PCB dan merkuri. Tambahan pula rantaian makanan ikan menjadikan lebih tinggi kepekatan toksin jahat yang kita mesti jauhi.Atas sebab ini suplimen Omega 3 mesti dihasilkan dengan teknologi yang tinggi dan melalui saringan yang ketat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada mana-mana bahan cemar.Terdapat piawaian antarabangsa yang ketat untuk memantau tahap pencemaran yang terdapat dalam suplimen Omega 3. Suplimen Omega 3 yang terbaik mesti bebas daripada sebarang bentuk pencemaran kimia. Oleh itu mereka menggunakan ikan yang didapati di bahagian yang paling bersih lautan dunia, mereka memproses ikan dengan cara yang tertentu supaya pencemaran sama skali dihapuskan.

Sekarang anda sudah tahu.. jika ingin membeli suplemen Omega, haruslah menitik beratkan ciri2 di atas. Kenapa saya pilih Omega dari jenama Shaklee?

  • OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*
  • Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi *

    source: mamafaiz
    Kepada sesiapa yang nak supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!
    * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit






50 Rahsia Si Manja Cerdas & Aktif

sharing frm Persatuan Ibu2 Comel Mengandung


50 Rahsia Si Manja Cerdas

Ingin tahu rahsia si manja anda seorang yang cerdas? Meh ikuti 50 pelbagai aktiviti dan panduan yang menunjukkan si manja seorang yang cerdas.

1. Kenal Wajah Anda - Dia merenung anda sambil dan memegang wajah anda. Dia sebenarnya sedang membina memorinya.

2. Berbual dengannya - Dia menunjukkan reaksi apabila anda berbual dengannya. Dia akan melihat anda seakan memahami apa yang anda cakapkan.

3. Memberi senyuman - Anda senyum kepadanya dan dia pun akan tersenyum kepada anda. Sudah mulai menunjukkan perkembangan emosinya.

4. Bertindak balas kepada permainan kesukaan - Asyik bermain dengan permaianan kesukaannya. Cuba anda ambil barang itu, dia pasti akan menjerit.

5. Tahu apabila namanya dipanggil - Anda memanggil namanya dan dia memandang ke arah anda. Panggillah nama yang biasa anda ucapkan setiap hari.

6. Mencapai objek - Kemahiran motor kasarnya semakin baik. Dia boleh mencapai dengan tangan objek permainan dengan mudah.

7. Berminat objek yang terang - Warna terang seperti merah, hijau, oren dan kuning adalah warna kegemaran si manja. Letaklah objek atau permainan yang berwarna seumpama ini, dia akan pantas mencapainya.

8. Suka merenyukkan objek lembut - Ia adalah perkembangan positif buat si manja apabila suka memegang dan meramas objek atau permainan kain yang mengeluarkan bunyi seakan plastik.

9. Ketawa bersama - Si manja suka anda menggeletek badannya, bahkan menciumnya. Dia akan ketawa apabila anda berbuat demikian.

10. Boleh membuka dan menutup genggaman tangan - Cubalah permainan seperti 'cak cekur' sambil menunjukkan cara bagaimana tangan digenggam dan dibuka. Dia akan melakukan bila-bila masa dia berasa selesa, bahkan semasa minum susu.



11. Bergerak dengan yakin - Masih belum boleh merangkak, tetapi sudah mula menunjukkan usaha untuk mencapai objek yang disukai dengan hanya mengesot. Si manja sudah mula menunujkkan sikap terujanya.

12. Tepuk tangan - Bersama si manja menyanyi dan menepuk tangan sambil mengerakkan badannya ke kanan dan kiri. Dia akan tersenyum gembira dengan aktiviti ini.

13. Tidur dengan lena - Si manja tidur dengan lena dalam tempoh yang lama antara 2 hingga 3 jam. Selepas bangun tidur, si manja dibiarkan bermain sendirian dan dia tidak merengek.

14. Suka mandi - Sayang jom mandi! Suka menyentuh air semasa mandi dan tersenyum gembira. Begitu juga selepas mandi semasa memakainya pakaian.

15. Urutan - Bayi suka badannya diurut. Lakukan secara rutin. Urut bahagian kaki, badan, tangan dan mukanya. Jika dilakukan secara rutin, si manja mudah tidur dengan lena.

16. Suapan sayang - Si manja dengan mudah makan makanan pejalnya apabila anda memujuknya seperti "vroom, vroom, kereta nak masuk gua, aaa buka mulut sayang!". Pastinya si manja membuka mulut.

17. Aksi spontan - Cara santai untuk bermain dengan si manja dengan meniup perut, muka dan lehernya perlahan-lahan. Cuba lihat tindak balasnya. Pastinya dia akan ketawa!.

18. Mari berdansa - Peluk dan dukung bayi mengikut irama muzik yang rancak. Pasti si manja teruja dan ketawa.

19. Kenalkan buku - Duduk bersamanya membaca buku. Baca buku berulang kali. Pakar mendapati bahawa bayi seawal lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca berulang kali.

20. Bermain dengan abangnya - Biarpun masih kecil, si manja turut mempunyai perasaan ingin berkawan. Biarkan abangnya mengagahnya. Si manja ketawa apabila abangnya membuat muka lucu.

21. Permainan sorok - Sorokkan barangan permainan kesukaannya. Si manja akan seronok melihat objek yang hilang dan muncul kembali. Ia akan membuatkannya ketawa.

22. Bermain dengan makanan - Sediakan makanan dengan tekstur berbeza termasuk lobak yang direbus dan dihiris halus, bijirin, pasta atau cebisan ayam yang dikisar atau hirisan ikan. Cara ini si manja dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

23. Menonton tv - Si manja suka menonton rancangan kegemarannya. Bunyi dan warna-warni yang dilihat dalam kaca televisyen akan membuatkan dia asyik seketika.

24. Permainan tekan dan bunyi - Sediakan permainan yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan. Si manja pasti teruja apabila dia tertekan pada permainan itu dan mengeluarkan bunyi.

25. Bergolek ke sana sini - Pantang tinggal sekejap, si manja yang belum boleh berjalan akan bergolek di merata tempat. Pastikan ruang dalam keadaan bersih dan tiada objek yang tajam supaya si manja bergerak dengan selamat.

26. Nyanyikan lagu - Nyanyilah apa sahaja lagu sama ada yang anda reka (mari kita pakai baju, pakai baju...) atau didapati di internet. Lagu membuatkan bayi semakin aktif dan ceria.

27. Sentuhan dan rasa - Sediakan satu kotak kain dengan tekstur yang berbeza-beza seperti kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

28. Petik bunga - Sambil dukung bayi, bawalah dia ke taman bunga. Biarkan dia menghidu bau haruman bunga-bungaan. Dia akan menyukai suasana yang mendamaikan ini, lebih-lebih lagi di bawa bercuti ke kawasan peranginan.

29. Jatuh dan angkat - Bayi memang suka menjatuhkan objek yang dipegangnya dari kerusi makanannya yang tinggi. Anda angkatkan dan berikan kepadanya. Kemudian dia menjatuhnya kembali. Sebenarnya bayi sedang belajar dengan persekitarannya.

30. Membebel - kadang kala, bayi mengeluarkan suara yang tinggi dan membebel. Biarkan dia begitu. Dia sedang belajar tentang bunyi atau mungkin teruja dengan sesuatu objek.



31. Bina laluan halangan - Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, atau permainan di atas lantai. Kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

32. Ikut mimik muka dan bunyi - Ajak si manja anda mengikut muka mimik anda. Buat pelbagai aksi lucu atau bunyi yang bayi boleh tiru dengan mudah.

33. Aksi lucu - Kembungkan pipi dan suruh kanak-kanak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, proof! Tiupkan ke mukanya. Pasti dia suka aksi lucu ini.

34. Masa untuk bercerita - Sebelum tidur, bacalah cerita dongeng kegemarannya. Buat suara dan aksi semasa membaca cerita itu. Malah anda boleh tukarkan nama watak utama ke nama si manja supaya dia seronok.

35. Lihat diri dalam cermin - Biarkan si manja merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain.

36. Taman permainan buatan - Anda baring dan si manja akan memanjat dan merangkak di atas anda. Kemudian dia akan mencium pipi anda. Permainan yang menyeronokkan anda dan si manja.

37. Mari mengira 123... - Usia si manja hampir satu tahun. Dia boleh berjalan. Jadi mari belajar mengira dengan jumlah anak tangga dalam rumah anda. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

38. Kenali wajah ahli keluarga - Letakkan gambar wajah ahli yang penting dalam kehidupan si manja anda. Sebutkan nama-nama wajah yang dikenalinya. Semakin si manja membesar, semakin dia mengenali orang disekelilingnya.

39. Golek bola - Golek bola dengan perlahan kepada si manja. Pilih bola jenis lembut supaya tidak mencederakannya. Si manja akan belajar untuk menangkap bola yang bergolek.

40. Kenali rakan sebaya - masa untuk mengenali dunia luar dengan membawa dia ke rumah teman yang mempunyai anak seusia anak anda. Biarkan dia bermain bersama rakan sebayanya.


41.
Menjerit - pernah mendengar si manja tiba-tiba menjerit! Ya. Ia berlaku apabila si manja begitu seronok dengan apa yang dilakukannya, walaupun hanya bermain seorang diri.

42. Berdikari - Apabila minum susu, si manja sudah boleh memegang botol susu dengan sendiri. Malah sambil menonton rancangan televisyen kegemarannya.

43. Kenali anggota badan - Masa menukar lampin pun boleh digunakan untuk belajar. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

44. Pegang tangannya - Sentuhan amat berkesan untuk memberi keyakinan kepada si manja. Pegang tangannya sambil mengerakkan jari kemrinya. Si manja suka akan aktiviti ini.

45. Tambah perbendaharaan kata - Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

46. Pelukan - pelukan akan membuatkan bayi berasa selamat. Dia akan merasa selesa dan selamat semasa dalam pelukan ibunya.

47. Bermain buai bersama - Bersama si manja bermain buaian di hadapan rumah. Duduk bersamanya sambil bercakap perkara yang menggembirakannya.

48. Segar - Sentiasa dedahkan si manja dengan udara yang segar. Elakkan membawa si manja di kawasan yang sesak dengan orang ramai dan udara yang tercemar.

49. Kesihatan yang stabil - Sentiasa memantau kesihatan si manja supaya badannya tidak mudah dijangkiti penyakit. Dengan ini, si manja akan sentiasa aktif bermain untuk merangsang mindanya.

50. Rehat - baring bersama si manja setelah seharian bermain. Baring di lantai yang bersih atau di atas tilam. Lihat aksi si manja anda. Dia sudah tentu akan meneroka apa yang yang ada berhampirannya

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot SALE??

Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami?



1) ESP membantu menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri

2) ESP membantu menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda
3) ESP membantu memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
4) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat
5) ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
6) Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
7) Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
8) Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
9) Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit 
10) ESP merupakan SUPPLEMEN ORGANIK terbaik!!


Disclaimer


Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!

Cadangan Supplemen Utk Kesuburan

perkongsian dari surijunior

Fitrah bagi setiap pasangan yg berkahwin inginkan zuriat..

Mendapat cahayamata memang menjadi impian setiap pasangan yang berumahtangga.. kali ini saya akan kongsikan pengalaman rakan seEuphoria, Cik Yus tentang kejayaan rakannya yang berjaya mengandung setelah berikhtiar dengan supplement shaklee. Shaklee bukanlah semata-mata penyebab beliau mengandung tentunya doa & izin Allah, tetapi pengambilan supplement yang tepat adalah ikhtiar yang amat penting.. Link asal disini ya...

Apa yang Cik Yus sarankan untuk rakannya??

Jadi Cik Yus sarankan 2 set utk teman ni..

Set A :
Vitamin Asas
(1) VitaLea
(2) Vitamin C
(3) B-Complex

Vitamin Kesuburan
(4) Vitamin E
(5) Zink  

Pemakanan seimbang
(6) Meal Shake


Set B : (cadangan dari GenkiMomma.com)

Vitamin Asas
(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex

Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Vitamin Kesuburan
(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

(5) Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

Cara pemakanan supplements:

Untuk Suami.
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc – 1 biji setiap hari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc – 1 biji sehari.

Untuk Isteri.
Optimum : Vita-lea, B-comp, vit-C, vit-E dan Zinc – 1 biji setiap hari, dan,
Alfalfa – 3-5 biji sehari.
Minimum : B-Comp, Vit-E & Zinc – 1 biji sehari, dan,
Alfalfa – 3-5 biji sehari.

* Meal Shake diambil setiap pagi sebagai sarapan pagi.

Jika anda atau rakan2 anda menghadapi masalah kesuburan ini, saya amatlah berharap agar ilmu ini dapat dimanfaat dan di kongsikan bersama-sama. This is the least that you can do, before consulting with the experts and getting those expensive treatments. No harm trying right?

Dan, ingatlah, kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukan..
Jadi, bagi anda yang ingin berikhtiar, boleh cuba saranan ini sebelum bertindak lebih jauh, mengeluarkan belanja lebih besar utk rawatan mendapatkan anak..

credit to: surijunior

Kepada sesiapa yang nak supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...