Pengalaman sendiri menggunakan SHAKLEE (Breastfeeding Set) Trial Pack

Setelah dua bulan melahirkan Alya, sy merasakan susu yg dihasilkan tidak semeriah semasa berpantang. terdetik kerisauan sekiranya perlu membeli susu formula utk memenuhi keperluan penyusuan bayi. Semasa mengandung lagi sy telah menanamkan azam utk memberikan susu badan sepenuhnya secara eksklusif kpd Alya. Apakah yg dimaksudkan dgn penyusuan secara eksklusif. Sila klik sini.
Ketika mengandung lagi saya selalu luangkan masa mengorek ilmu2 mengenai penjagaan dan penyusuan bayi. Saya telah difahamkan melalui pembacaan artikel2 di blog ibu2 mengenai suppliment SHAKLEE bertindak byk membantu ibu2 mendapatkan hasil susu yg lebih baik kualiti dan kuantiti.  Dalam hati pada ketika itu terfikir satu hari nanti ingin mencuba sendiri SHAKLEE utk breasfeeding set. Nak tahu mengenai SHAKLEE? Jom kenali SHAKLEE. Klik gambar di bawah.
Tatkala bayi sy berusia dua bulan, sy telah mencuba SHAKLEE Trial Pack (breasfeeding set) yg terdiri drpd:
  • Vita C [30 biji]
  • Vita-Lea (multivitamin) [30 biji]
  • Vita B Complex [30 biji]
  • Alfalfa [60 biji ] 
Trial Pack for Breastfeeding Set [pic credit to FaheemsWardrobe]
Breasfeeding Set B [Full Pack]
Hasilnya, alhamdulillah sehingga kini Alya berusia 4 bulan 2 minggu & 5 hari, sy masih dpt meneruskan penyusuan susu yang PALING MAHAL di dunia dgn secara eksklusif. Berkat kesabaran dan sepenuh keyakinan sy terhadap keupayaan SHAKLEE sbg milk booster, diiringi doa dan tawakkal kpd NYA, akhirnya susu y terbaik dapat saya berikan kpd si comel dgn mencukupi dan selebihnya susu dpt dijadikan stok (EBM) sbg back up for emergency situation. Apa itu EBM? Sila klik sini.

[close up pic] hasil pumping jam 8;00 am selepas selang 3 jam mengosongkan Cik B 

Medela Swing (electric breast pump) sgt efektif membantu proses pengeluaran susu dari Cik B
Stok EBM yg sempat dibuat semasa berpantang kat rumah umi
Alya Busyra [4month] alhamdulillah sihat & sentiaasa ceria. Tp ni gmbr tido hehe..
Yaa..she always smile&lough..Happy at all time..Sgt menghiburkan Ummi&Babah..We LOVE you sooo muchh!

Saya sgt bersyukur krn terbukak hati untuk mencuba Euphoria Trial Pack dan ternyata hasilnya tidak menegcewakan. Kini sy meneruskan pengambilan supplement SHAKLEE (full pack) utk memastikan tubuh badan saya sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dgn secara langsung mampu membekalkan susu ibu kpd si manjaku. Segalanya atas dasar kemahuan utk menjayakan penyusuan secara eksklusif semata2 inginkan si comel mendapat khasiat terbaik melalui susu ibu. Nak share dgn u all kenapa susu ibu sgt istemewa jika dibandingkan dgn susu formula yg berlambak2 di pasaran pd harga y MAHAL. Jom klik sini.

Insya Allah pada entri seterusnya saya akan berkongsi mengenai ' mengapa badan kita memerlukan supplement sbg makanan tambahan'..





Sharing is Loving~MamaBusyra





Kepada sesiapa yang nak supplemen Shaklee ...boleh isi BORANG PESANAN | sila PM di facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA

Susu kering atau tiada susu, betul atau mitos??

“Memang jenis susu cepat kering, memang dari anak no 1, memang fesyen badan mcm tu.”

“Saya ni genetik susu sikit, mak saya, mak cik-mak cik semua pun susu sikit. Jadi memang kena bagi susu formula.”

“Tak bagi susu badan, sebab tak ada susu.”


Ini adalah di antara respon dari ibu-ibu yang tidak berjaya menyusukan anaknya secara eksklusif. Persoalannya, benarkah akan ada ibu-ibu yang tidak mampu menyusukan anaknya secara eksklusif? Adakah penyusuan ibu itu satu rezeki di mana akan ada ibu-ibu atau anak-anak yang ‘tiada rezeki’ memberi dan menikmati susu ibu?
Hakikatnya, semua ibu-ibu yang mengandung itu mampu menghasilkan susu dan menyusukan anak-anaknya. Begitu juga ibu-ibu yang tidak mampu mengandung, dengan kaedah yang betul (induce lactation), ibu-ibu ini mampu menyusukan anak angkatnya.


Tiada susu  

Susu telah mula terhasil sejak ibu itu mengandung pada minggu ke 22. Proses ini dipanggil Lactogenesis I dan ia didorong oleh tindakan hormon. Lactogenesis I akan berlarutan sehiggalah hari ketiga kelahiran bayi. Apabila uri telah dikeluarkan dari rahim ibu, tahap hormon progesteron dalam badan akan jatuh dan hormon prolaktin akan terus meningkat. Disebabkan oleh keberadaan uri/bayi di dalam rahim, susu yang terhasil itu dikekang daripada keluar lebih awal. Namun, akan ada ibu-ibu yang mengalami susunya keluar lebih awal daripada kelahiran bayi. Ini juga berlaku atas tindakan hormon kerana setiap orang itu berbeza-beza. Pada ketika ini, susu yang keluar berbentuk kolostrum yang pekat, berwarna kuning keemasan. Kuantitinya kecil tetapi cukup dan memadai dengan keperluan bayi yang hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.
 
Hari keempat, proses Lactogenesis II berlaku di mana susu matang akan keluar. Pada masa ini, ibu-ibu akan merasa payudara membengkak walaupun bayi tidak menghisap pada 3 hari pertama yang lalu. Ini kerana Lactogenesis II juga didorong oleh tindakan hormon. Kemudian diikuti dengan proses Lactogenesis III yang didorong oleh frekuensi/kekerapan payudara dikosongkan. Semakin kerap payudara dikosongkan, kadar penghasilan susu lebih cepat. Jesteru, kuantiti susu juga akan bertambah. Ini membuktikan bahawa setiap ibu yang mengandung akan menghasilkan susu dan susu memang wujud sejak hari pertama kelahiran bayi.

Tidak banyak susu

Dari segi saintifik, diakui akan ada ibu-ibu yang tidak mampu memberikan anaknya susu badan secara eksklusif/sepenuhnya disebabkan beberapa masalah kesihatan ibu itu sendiri, seperti hypothyroid, hypoplasia type breast, PCOS. Mereka yang menghadapi masalah ini biasanya mempunyai low mammary gland atau kurang kelenjar susu yang membawa kepada kurangnya penghasilan susu. Tetapi peratusannya adalah sangat kecil. Jika mereka yang menghadapi masalah seperti di atas sekali pun, dengan rawatan dan teknik penyusuan yang betul, ibu-ibu tersebut masih mampu memberikan anaknya susu badan sepenuhnya seperti ibu-ibu yang lain.

Susu cepat kering

clip_image005

Penghasilan susu adalah berdasarkan demand vs supply. Ia dimulakan dengan ransangan atau hisapan di payudara oleh bayi. Ransangan ini akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitary di otak bertanggungjawab untuk merembeskan hormon prolaktin (menghasilkan susu) dan hormon oksitoksin (melancarkan pengeluaran susu). Proses ini berlaku dalam masa 1-2 minit. Untuk menghasilkan susu yang optimum, ibu-ibu harus memastikan yang payudara dikosongkan 8 – 12x dalam tempoh 24 jam dengan menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi. Selain dari hormon prolaktin dan oksitoksin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara semakin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai signal bagi memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan dari sehari ke sehari, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti. Oleh itu disarankan agar ibu-ibu menyusukan bayi atau memerah apabila berjauhan dengan bayi sebelum hormon FIL dirembeskan atau payudara penuh iaitu 3-4 jam sekali.

Oleh itu, semua ibu ada susu dan mampu menyusukan anaknya. Hakikatnya penyusuan ibu itu adalah fitrah dan semua ibu mampu melakukannya





source
Oleh Suria Irdayu Ahmad Zaidi, PCPA, Malaysian Breasfeeding Peer Counselor
http://imedik.org/2010/12/susu-keringtiada-susu-betul-atau-mitos/


EBM, Pengendalian Dan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

Bagi ibu yang berkerjaya, Susu Ibu boleh diperah dan disimpan untuk diberikan pada bayi. TAHUKAH ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Istilah2 penting yg perlu anda tahu


  • EBM = Expressed Breast Milk
  • Fresh EBM = Susu yg baru diperah
  • Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan di bhgn sejuk (bukan beku), chilled EBM akan membentuk dua lapisan (lemak susu terkumpul di bhg atas lapisan) ia bukan basi yer
  • Frozen EBM = Susu yg disimpan dlm tempat beku

Bekas penyimpanan yg sesuai
  • bekas plastik atau botol susu (storage milk) bebas BPA (Bisphenol-A)
  • bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
  • breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu
  • Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan. Gunakan bottle sterilizer utk steril botol2, dan juga breast pump part.
contoh: Snow Bear bottle sterilizer [hnya 8 minit shj sudah siap steril]
Apabila susu telah disimpan di dalam bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dengan label.
  • Tarikh Perahan
  • Waktu perahan
  • Kuantiti susu yang diperah
  • Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)
Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 ~ 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.


Di mana tempat penyimpanan susu

SUHU BILIK ?
  • Jika bilik tidak mempunyai penghawa dingin (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
  • Jika bilik mempunyai penghawa dingin (aircond)(15 oC - 25 oC), boleh tahan sampai 6-8 jam


FRIDGE/FREEZER ?
Peti Sejuk (1 pintu)
- bahagian beku [tahan 2 minggu]
Peti Sejuk (2 pintu)
- bahagian beku (pintu atas) 

   suhu (-18 hingga -20 °C)  [tahan 3 bulan]
- bahagian sejuk (pintu bawah)

   suhu (0 hingga 4 °C) [sebelum dibekukan tahan 3~7 hari]
  [selepas dibekukan tahan 24jam]

Pembeku/deep freezer (-20C)
- [tahan 6~12 bulan]
BEKAS PENYEJUK?
cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
PERINGATAN!!
*susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula*
*susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula*

Tips Penyimpanan Susu Perahan

Di Tempat Kerja
  • Simpan susu yang telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bahagian beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
  • Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais.

contoh gmbr: ice pack coleman (sumber:google search)
Di Rumah
Simpan sebanyak yang boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit sahaja dibahagian beku.
  • Susu yang disimpan dibahagian bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
  • Susu yang disimpan dibahagian beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.

Ketahui bagaimanakah cara stok beku ebm dicairkan agar nutrisi yg terdpt dlm kndungan susu ibu terpelihara dgn selamat..Jom baca sini.







  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.



  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan.













  • source:http://www.momschoice.com
    http://mom2muzz.blogspot.com









    Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif


    Penyusuan susu ibu perlu diberikan secara eksklusif, kerana bayi akan memperoleh kebaikanyang banyak, jika dia disusui secara eksklusif. Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud, bayi hanya diberikan susu ibu dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya. Tiada makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi berumur enam bulan dan ke atas. Penyusuan hendaklah diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun. Untuk membolehkan penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan dicapai, ibu hendaklah mengamalkan perkara-perkara seperti yang berikut :


    • Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa satu jam pertama selepas kelahiran bayi.
    • Penyusuan eksklusif, iaitu bayi hanya diberikan susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak.
    • Ibu perlu menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi.
    • Tidak memberikan sebarang botol atau puting tiruan kepada bayi dalam tempoh enam bulan pertama untuk mengelakkan kekeliruan puting (nipple confiusion).
    •  Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut

    Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Haiwan seperti gajah, kucing, lembu dan kuda menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi sejurus selepas dilahirkan agar dapat berjalan. Kandungan mineral yang tinggi yang terdapat dalam susu awal sesuai untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Oleh itu kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik dan amat diperlukan oleh setiap mamalia.

    Manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi yang memerlukan perkembangan otak yang optimum. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

    Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi, dan juga pembentukan peribadi seorang anak. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga dan masyarakat untuk menjimatkan wang.

    Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
    • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
    • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
    • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
    • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
    • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
    • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
    • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan

    Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
    • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
    • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
    • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
    • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
    • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
    • Komposisi zat makanan yang mencukupi
    • Penghadaman yang mudah








    sumber: pusat perubatan hukm



    KENAPA AIR MASAK TIDAK SESUAI UTK BAYI ??


    Informasi bermanfaat utk dikongsi bersama dgn mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan.


    Antara keburukan memberi bayi anda air masak :

    MERENCATKAN
    Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi apa2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*

    PENCEMARAN
    Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*

    MENGHAKIS
    Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*

    JAUNDIS/DEMAM KUNING
    Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

    Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY!
    Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
    Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin!


    Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

    Susu Ibu VS Susu Formula

    Susu ibu anugerah dari Ilahi yang sangat ternilai bagi setiap titisannya. Setiap bayi selayaknya berhak untuk mendapatkan khasiat susu dari ibunya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu berusaha memastikan bayi kita mendapat nutrisi yang mencukupi melalui pemberian susu badan.

    Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protein yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu. Susu ibu lebih senang dihadam berbanding dengan susu formula. Ia mengandungi kurang protein dan protein yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

    Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

    Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

    Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

    Susu Ibu Makanan awal terbaik!!!


    • Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandung enzim pencerna lemak.
    • Mengandung lactoferin (baik untuk usus), lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak.
    • Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak) dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus.
    • Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi).
    • Mengandung zat besi, zink dan kalsium, (besi mampu diserap sekitar 50-75%), juga mengandungi antioksidan.
    • Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin. 
    • Rasa Susu Ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu.


    Kebaikan Susu Formula:
    • Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
    • Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
    • Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.
    Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun, tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?
    Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.

    Cabaran Menyusu Badan:

    (1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
    (2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
    (3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
    (4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
    (5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.
     
     
     
    Cabaran Memberi Susu Formula:

    (1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
    (2) Keselamatan produk tersebut.
    (3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
    (4) Kurang antibodi.
    (5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
    (6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.
     
    Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...