
Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Susu Ibu Makanan awal terbaik!!!

- Kaya dengan DHA dan AA untuk pembentukan sel otak, mudah diserap oleh usus bayi, kaya kolesterol, mengandung enzim pencerna lemak.
- Mengandung lactoferin (baik untuk usus), lisosim (enzim anti mikroba), kaya protein untuk tumbesaran tubuh dan otak.
- Kaya dengan laktosa (karbohidrat penting untuk perkembangan otak) dan oligosakarida berfungsi untuk meningkatkan kesihatan usus.
- Kaya dengan sel darah putih dan imunoglobulin (untuk antibodi).
- Mengandung zat besi, zink dan kalsium, (besi mampu diserap sekitar 50-75%), juga mengandungi antioksidan.
- Kaya dengan enzim pencerna seperti lipase dan amilase. Kaya hormon seperti tiroid, prolaktin, oksitosin.
- Rasa Susu Ibu sesuai dengan makanan yang dikonsumsi oleh ibu.

Kebaikan Susu Formula:
- Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
- Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
- Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.
Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.
Cabaran Menyusu Badan:
(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.
(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.