Pantang Larang Selepas BERSALIN


Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan sangat penting agar ibu dalam pantang tetap sihat dan ceria selepas bersalin.
Tidak ramai tahu kehamilan memberi banyak tekanan kepada badan wanita. Malah, pada masa sama wanita juga boleh mengalami tekanan emosi, terutama jika kehamilan itu tidak dikehendaki.
Sedar atau tidak, kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan emosi kepada wanita. Selepas bersalin, ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehingga kadangkala ada yang lupa mengambil berat kesihatan diri sendiri.
Berpantang memberi peluang kepada wanita untuk berehat secukupnya kerana kehamilan boleh menyebabkan beberapa gangguan kepada fungsi asal badan. Ini sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga yang bukan saja baik untuk bayi, bahkan demi kepentingan wanita sendiri.
Kebersihan Diri
* Amalkan mandi sekurang-kurangnya sehari
* Pakai pakaian bersih dan selesa yang ditukar setiap hari
* Tukar tuala wanita dengan kerap
* Pastikan luka pembedahan dan jahitan sentiasa bersih dan kering
Pemakanan
* Makan pelbagi jenis makanan berasaskan piramid makanan
* Minum air secukupnya (8 gelas sehari)
* Banyakkan pengambilan serat terutamanya daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.
Penyusuan Susu Ibu
* Bersihkan payudara setiap hari
* Gunakan coli yang bersih dan selesa
* Susukan bayi dengan kerap mengikut permintaan
* Kurangkan atau elakkan penggunaan jamu jika bayi jaundis/kuning.
Rehat dan Senaman
* Rehat secukupnya kerana badan anda lemah selepas kelahiran
* Lakukan senaman ringan mengikut kemampuan
* Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk mengurangkan berat badan. Caranya mudah iaitu dengan hanya berjalan 20 hingga 30 minit sehari dan boleh dimulakan dua minggu selepas bersalin
Ibu harus peka akan perubahan fizikal dan mental semasa pantang.
* Senaman lain yang lebih lasak seperti berbasikal (statik atau bergerak) dan berenang hanya boleh dilakukan selepas enam bulan bersalin
* Elakkan juga berdiri terlalu lama kerana kesan graviti menyumbang kepada masalah rahim jatuh
* Wanita selepas bersalin juga kerap mengalami masalah sakit pinggang atau belakang yang kadangkala berlanjutan sepanjang hayat. Mengamalkan postur (posisi) badan baik ketika duduk atau bekerja juga dapat mengelakkan masalah sakit belakang
* Selain itu, wanita berpantang juga diingatkan supaya tidak mengangkat benda berat. Benda paling berat yang boleh diangkat ialah bayi anda
Amalan Bahaya dan Pantang Larang
* Elakkan amalan pantang larang bahaya seperti sekak dan salai.
Tanda-tanda Bahaya
Dapatkan rawatan segera jika terdapat tanda-tanda berikut:
* Demam panas
* Pendarahan berlebihan dan berlarutan
* Anemia
* Sakit kepala/pening
* Sesak nafas dan sakit dada
* Meroyan
* Sukar buang air kecil
* Sakit dan keluar nanah dari luka bersalin atau pembedahan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...