Fungsi Lecithin yang perlu anda tahu



Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tips: Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer kerana pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik dimana anda akan cepat berasa lapar.

Cara turunkan berat badan dengan sihat dan SABAR


Berdasarkan statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2006. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan juga sihat.

  1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.
  2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.
  3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar. 
  4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur. 
  5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.
  6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari. 
  7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih dari yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.
  8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam. (Boleh ambil Protein Shaklee iaitu ESP/Cinch Shake Mix)
  9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat. Biar lambat asalkan selamat. (Lebih baik ambil suplimen semulajadi seperti Shaklee Shape-Up Programme)
  10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.
  11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat abs yang cantik berketul-ketul. (Sememangnya senaman sangat penting dalam pengurusan berat badan yang ideal) 


Ada tak Suplimen Shaklee sesuai untuk membantu Ibu Menyusu menurunkan berat berlebihan?

Seringkali kami mendapat soalan sebegini daripada kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi yang ingin turunkan berat badan berlebihan dan dalam pada masa yang sama bimbang kualiti produktivit susu terjejas. Shaklee mempunyai rangkaian suplimen yang dapat membantu ibu sentiasa aktif dan cergas seterusnya dapat membantu penghasilan susu dengan lancar. Suplimen yang dicadangkan ialah FAMILY WELLNESS SET iaitu terdiri daripada ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER, B COMPLEX, VITALEA & VITA-C. Family Wellness Set merupakan basic set yang diperlukan. Kami mencadangkan utk add on ALFALFA COMPLEX & OSTEMATRIX sbg pelengkap nutrisi yang diperlukan. Boleh refer entri sebelum ini mengenai fungsi suplimen yang dicadangkan kepada ibu menyusu. Klik sini.

Ibu menyusu lazimnya akan mengalami penurunan berat badan secara semulajadi selepas 2-3 bulan menyusukan bayi. Ini kerana ibu yang menyusu mampu membakar 500 kalori melalui penyusuan. Namun, selepas 6 bulan, kebanyakkan ibu mula merasa badan semakin naik, kerana pada ketika ini bayi dan mula mengambil makanan pejal dan penyusuan juga dah agak berkurang.

Apabila badan semakin membesar secara perlahan, pastinya si ibu akan panik. Cadangnya nak berdiet, tapi bimbang susu akan berkurang. Nak mencuba produk slimming bimbang pula kandungannya akan menjejaskan bayi. Jadi langkah yang selamat ialah dengan mengambil Suplimen Shaklee. Semestinya mempunyai produk yang berkualiti dari bahan-bahan semulajadi terbaik untuk membantu pengurusan berat badan.

Suplimen ini dicadangkan sememangnya sesuai utk ibu-ibu yang menyusukan bayi kerana:

1. Tidak mengganggu pengeluaran susu
2. Tidak memberi kesan sampingan kepada bayi
3. Membanyakkan susu ibu sambil menguruskan badan ibu 


Bagi yang belum tahu ESP merupakan:

  • kacang soya RENDAH LEMAK dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Suami, ibu mengandung dan anak-anak berusia setahun ke atas pun boleh ambil ESP untuk kecantikan kulit dan menambah tenaga.
  • mengandungi 9 asid amino penting dalam yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • merupakan sumber protein yang lengkap bagi kesihatan yang sempurna dan berupaya menampung kekurangan protein yang menyebabkan kulit kusam, berjeragat, berparut dan kurang anjal
  • setiap hidangan membekalkan kalsium sehingga 50% bagi menyokong perkembangan tulang yang sihat
  • hidangan yang lengkap bagi yang tidak sempat bersarapan dan berpuasa kerana mengandungi sumber nutrien yang diperlukan oleh tubuh
Ramai yang telah mengamalkan ESP dan pengambilannya memberikan 1001 manafaat kepada pengguna. Kami ingin berkongsi kebaikan ESP yang dirasai oleh ibu yang menyusukan bayi. Secara asasnya protein merupakan 'makanan' kepada sel badan kita, apabila sel badan dilengkapkan dengan nutrien yang cukup dan berkhasiat, ibu yang menyusu bukan sahaja merasai perubahan yang ketara dari segi kuantiti dan kualiti susu malahan kulit yang lebih cantik, kurang kusam dan wajah yang semakin berseri dan BONUS berat badan semakin berkurangan dengan pengambilan ESP.


Alfalfa - Salah satu proses penting dalam menurunkan berat badan ialah detoks. Alfalfa berfungsi menyingkirkan lemak dan kolestrol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah  tinggi. Alfalfa juga mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.


Omega Guard - Mengawal paras kolestrol dalam badan, memelihara jantung serta memperbaiki aliran darah, menghalang pengecutan saluran darah ( halang ejakulasi pra matang), membantu merembeskan prostaglandin. Penting bagi ibu2 menyusu sebagai sumber DHA dan EPA untuk bayi yg menyusu bagi menyokong perkembangan otak, sendi dan mata.


Lecithin - Untuk pecahkan lemak yang sedia ada dan baru ada. Lecithin selamat untuk ibu menyusu. Lagipun lecithin bukan sahaja "pengimulsi lemak yang terkemuka" tetapi berfungsi dalam merendahkan kolestrol dalam darah. Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).  Membantu kawal paras triglycerides. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah. Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

Ingin mencuba? Memang berbaloi badan kurus, susu banyak, anak sihat ibu menawan..oh pasti si suami sure senyum sampai telinga! 

Jom order sekarang pada harga yang sangat berbaloi untuk kesihatan anda sekeluarga!

For info & Order,
Siti Hajar SID 862681
PM fb mamabusyra | sms@whatsapps@viber 012 4494611 | email: mamabusyra@gmail.com 

Tingkatkan Imuniti Tubuh dengan Suplimen Semulajadi Nutriferon Shaklee


Apakah Fungsi Nutriferon?

NutriFeron berfungsi untuk MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH SECARA SEMULAJADI dan ianya telah TERBUKTI SECARA KLINIKAL. 

Secara mudahnya, Nutriferon ni :


1) Aktifkan sistem pertahanan tubuh dan meningkatkan imunisasi tubuh
2) Menggerakkan pasukan "cari & musnah" dalam sistem pertahanan tubuh kite.

Nutriferon membantu menyeimbangkan sistem imun kita, mengubahsuai sistem endokrin agar stabil dan menyeimbangkan hormon.

Ia merangsang gerakbalas imun semula jadi pada tahap sel dan membantu sistem pertahanan tubuh untuk bunuh T-cell, B -cell dan makrofag.

Bila badan kita mempunyai imuniti yang tinggi, haaa, baru tak mudah jatuh sakit. Ini sangat berbeza dgn kalau kite ambil ubat-ubatan seperti panadol dan ambik antibiotik. 

NutriFeron sangat berbeza dgn fungsi Panadol dan antibiotik. Panadol mengandungi bahan kimia yg boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan jangka panjang nanti seperti kerosakan hati. Manakala antibiotik pula akan memusnahkan bukan sahaja bakteria berbahaya dalam tubuh malahan bakteria baik dalam tubuh.


Simptom Kekurangan
---------------------
Tubuh kita dilindungi oleh "askar-askar" yang menjaga tubuh kita daripada serangan penyakit dan jangkitan kuman. Askar2 ni dipanggil interferon. 

Kalau kite kurang ambil makanan yang secara semula jadi meningkatkan ketahanan imuniti tubuh kite, interferon ni akan berkurang dan lemah la. Askar kurang, askar pon tak cukup, camne nak defend tubuh kite kan?


So, badan kite macam takde persediaan lah kalau tetiba kena "serang" dengan virus, bakteria semua tu. Tu yang jadinya mudah sakit dan kalau sakit berlarutan, lambat nak sembuh.

So, simptom biasa ialah mudah terkena jangkitan penyakit, lambat sembuh jika sakit dan penuaan sellular.

Keistimewaan NutriFeron & Perbezaan Shaklee
---------------------------------------------

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. 

2. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

3. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, pakar imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. 

4. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik 4 elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

5. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. Nutriferon mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.

6. Disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di Nutriferon.

7. Formula eksklusif dilindungi oleh 3 paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

8. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, Nutriferon telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.

9. Menurut kajian terbaru, Nutriferon telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

10. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.


source: shaklee

Siapa yang memerlukan NutriFeron ini?
------------------------------------------
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai masalah kesihatan seperti:
  • asma, allergi eczema
  • tuberculosis
  • ulser
  • resdung
  • masalah tonsil
9. Mereka yang ingin meningkatkan imunisasi diri serta kekal sihat
10. Golongan yg ketagih alkohol dan perokok
11. Golongan berumur
12. Pesakit kanser , fibroid dan tumor
13. Mereka yang mengalami sakit berpanjangan, sakit kepala, cirit-birit dan muntah-muntah
14. Mereka yg ingin melambatkan penuaan 

>> Kanak2 boleh ambil? 
Boleh, ikut dosage yg sesuai dengan umur kanak-kanak. Sekiranya bayi yang masih menyusu, seeloknya diambil oleh si ibu.

Baby non-breastfeed, boleh bagi 1/8 sachet Nutriferon (ikut kesesuaian umurnya)

>> Orang ada sakit autoimmune (SLE) boleh ambil?
Boleh, NutriFeron meningkatkan imuniti secara semulajadi tapi perlu monitor terutamanya mereka yg ambil ubat-ubatan tertentu.

>> Ibu menyusu boleh ambil Nutriferon. Ibu mengandung tidak digalakkan sebab Nutriferon ni bertindak sebagai antioksidan jugak dan mungkin boleh menyebabkan keguguran.

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Jom order sekarang pada harga yang sangat berbaloi untuk kesihatan anda sekeluarga!


For info & Order,
Siti Hajar SID 862681
PM fb mamabusyra | sms@whatsapps@viber 012 4494611 | email: mamabusyra@gmail.com 

Kelebihan Omega Guard Shaklee (Kapsul Minyak Ikan Terbaik Dunia) , Ketahui Perbezaan dan Manfaatnya kepada kita


Kami ingin berkongsi kebaikan dan manfaat Omega Guard Shaklee dengan anda semua. Entri kali ini ingin mengupas lebih lanjut mengenai Kelebihan Minyak Ikan (kapsul) Shaklee (Omega Guard) dan manfaatnya. Jom baca sampai habis.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. berbanding dengan produk Omega di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu kajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-lemak Omega-3 EPA dan HDA.





Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semualjadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) merupakan bahan kimia industri yang sanagt bertoksik.

Manfaat Utama

Asid Lemak Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari sumber makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS serta membantu kulit licin dan kemerah-merahan.

Mencegah penyakit saluran darah dan strok. Antara fungsi DHA dan EPA ialah:
  • boleh menentang thrombosis
  • tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah
  • melincirkan saluran darah dan melancarkan peredaran darah. Oleh sebab itu ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. 
  • merendahkan tahap kolestrol
  • menghindar pembekuan darah di dalam badan
  • membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • mengawal masalah obesiti
  • mencegah arteriosclerosis & myocardial infraction
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak Omega-3 EPA & DHA. 
DHA:
  • meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
  • mencegah penyakit Alzheimer
  • memlihara penglihatan dan pendengaran
  • mencegah migraine
Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, heaptitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

Menentang kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon (usus). Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. Kajian telah membuktikan bahawa EPA dna DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan, kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, autisme, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.

sumber : Panduan Nutrisi Shaklee credit 

Next entri akan kami kongsikan.. Kenapa mesti ikan laut air dalam?

p/s JOM dapatkan pembelian minimum sebotol Omega pada harga eksklusif! Hubungi saya skrg!

Sekiranya anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya,





Siti Hajar [mamabusyra] 
Shaklee Independent Distributor [ID No : 862681 ]
sms/whatsapp 012 4494611 | mamabusyra@gmail.com |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...