Khasiat Avocado Buah Kaya Dgn Nutrisi


1st time buat puree avocado utk baby Alya. Hasilnya Alya suka Avocado! Bising mulut dia mntk disuapkan cpt2..haha.. Sebelum sy mencuba avocado utk dijdkan santapan Alya, sy cri info mengenai khasiat avocado utk bayi. Mmg buah ini agak mhl, sy beli 2 bji dkt Tesco RM 9.56. Boleh la utk belikan seminggu 2 biji utk ALya..huhu Anyway, saya nak kongsikan kebaikan Avocado bkn shj utk bayi malah utk kita juga! JOM baca..
 

Avokado mampu mencegah penyakit mata
Avokado juga mengandungi lutein iaitu sejenis antioksidan yang amat baik untuk mata. Pengambilan makanan yang tinggi lutein dikatakan mampu mencegah penyakit mata seperti katarak dan kemerosotan makular.

Lembutkan kulit
Avokado digunakan dengan banyak dalam industri kosmetik seperti pencuci, krim dan masker muka. Ada juga yang dibuat syampu, minyak avokado dan bermacam-macam lagi. Avokado terbukti berkesan dalam penjagaan kulit wajah kerana kandungan vitamin E yang tinggi.

Antara kebaikan lain buah avokado ialah mampu mencegah arteriosclerosis, merangsang pembentukan kolagen sekaligus membantu kulit mengalami penuaan, membantu menentang masalah kulit seperti ekzema, dermatitis dan jerawat.
Selain itu, buah avokado juga boleh dihancurkan dan ditampal pada ruam dan kulit yang kasar. Kesannya, kulit akan menjadi lebih lembut. Minyak yang diekstrak daripada buah avokado boleh dijadikan sebagai losen kulit dan minyak urut. Penggunaannya dikatakan mampu memperbaiki kulit menjadi lebih bermaya. Isinya yang lembut dan berkrim amat sesuai untuk dijadikan sebagai buah segar pertama dimakan oleh bayi.
Buah avokado boleh dijadikan jus minuman yang menyegarkan. Campurkan isi buah avokado dengan susu segar, masukkan sedikit susu pekat, coklat yang dicairkan dan ketulan ais dan kisar untuk dijadikan avokado ‘smootie’... yummy!!

Daun pokok avokado pula dikatakan boleh direbus dan kemudiannya dijadikan sebagai ubat. Air rebusan yang dikatakan bersifat diuretik ini mampu membersihkan hati dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam ilmu perubatan Cina dan perubatan tradisional lain, avokado dikatakan memiliki daun yang bersifat pahit, kelat dan diuretik manakala bijinya bersifat anti-radang dan analgesik. Hasil kajian dan penyelidikan menunjukkan daun buah ini bersifat anti-bakteria. Ia menghapuskan pertumbuhan beberapa spesies bakteria seperti Staphlococus sp., Pseudomonas sp., Escherichea sp. dan Basillicus sp.
Manakala daun pokok avokado yang telah dicampurkan dengan kulit pokok avokado lalu direbus, boleh digunakan untuk tujuan merawat masalah kesihatan yang berlaku pada perut dan dada.

Air rebusan ini juga dikatakan mempu mengawal ketetapan haid. Bagi mereka yang sering mengalami masalah disenteri, dikatakan biji buah avokado boleh digunakan sebagai ubat. Di Amazon, biji buah avokado juga dikatakan boleh dijadikan sebagai ubat pencegah hamil.

Senarai kebaikan avokado

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web Health Diaries.com :

1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut 

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara 

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E 

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat buah, daun, biji dan kulit pokok avokado, namun begitu penggunaannya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan agar kemudharatan di kemudian hari dapat dielakkan.

Semoga bermanafaat untuk anda jugak!


Mitos Mengenai Penyusuan Susu Ibu


image google source

Penyusuan susu ibu merupakan topik hangat dan kebaikannya sering ditekankan di media. Namun begitu, mitos yang berleluasa mengenai penyusuan susu ibu. Salah tanggapan mengenai penyusuan susu ibu adalah berbahaya kerana ia mendorong anda membuat keputusan yang kurang wajar. Artikel ini memberi penjelasan yang sebenarnya kepada anda:

“Ramai wanita tidak menyusukan bayi dengan susu ibu dan anak mereka masih membesar dengan sihat!”
Ya, jika dilihat dari luaran sahaja…tetapi bayi yang tidak menyusu susu ibu sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit dan alergi seperti ekzema, rinitis alergik dan asma. Sesetengah kajian menunjukkan bayi yang tidak diberikan susu ibu lebih berisiko untuk mendapat diabetes dan obesiti apabila membesar kelak. 

“Payudara saya kecil. Rasanya mungkin tidak dapat menghasilkan susu yang mencukupi”
Saiz payudara ditentukan oleh tisu lemak, yang tidak berkaitan dengan penghasilan susu. Penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah serupa tanpa mengira saiz payudara anda.

“Tidak! Penyusuan susu ibu akan menyebabkan payudara saya kendur!”
Penyusuan susu ibu tidak menyebabkan payudara menjadi kendur; ianya disebabkan oleh faktor usia dan graviti. Malah, penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali kepada bentuk badan asal lebih cepat dengan membakar lemak yang tersimpan semasa hamil. Ia juga mengeluarkan hormon yang membantu mengecut dan mengembalikan rahim kepada saiz yang asal.

“Tidakkah penyusuan susu ibu menyakitkan?”
Tidak. Meskipun ada sebilangan ibu yang mungkin rasa sedikit bengkak pada peringkat awal, tetapi keadaan ini tidak berlanjutan. Jika anda masih rasa sakit, ini mungkin disebabkan mulut bayi tidak menghisap puting dan areola dengan betul. Belajarlah untuk membantu bayi menyusu dengan cara yang betul

“Penyusuan susu ibu menyusahkan!”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan dan penyediaan susu. Tambahan pula, penyusuan susu ibu boleh dilakukan bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia juga tidak melibatkan sebarang kos.

“Kenapa nak bersusah payah? Tambahan pula, saya akan kembali bekerja.”
Penyusuan ibu, walaupun beberapa minggu atau bulan, akan beri manfaat kepada bayi. Mula bekerja tidak bermaksud anda perlu menghentikan penyusuan susu ibu. Penjaga bayi boleh memberi susu ibu yang sudah diperah pada siang hari dan anda boleh menyusukannya sendiri pada waktu malam. 

Dapatkan maklumat yang betul mengenai penyusuan susu ibu supaya anda dapat menentukan apakah yang terbaik untuk anda dan bayi.


Lagi info mengenai penyusuan:


Tips Pemakanan Sihat : Jangan Campurkan Makanan Darat & Laut

Dalam minggu nih dah ke berapa kali dah gangguan line internet.Asyik putus2..Dah berjuta kali buat report. Semoga ada penambah baikan dgn segera.Nak update blog pon tergugat..huhu..Dikesempatan baby sy nyenyak ketiduran, saya nak kongsi dgn kalian tips rahsia pemakan sihat, diet Rasulullah.. JOm baca..

Petikan dari buku rahsia pemakanan sihat untuk panduan kita bersama,....."Mari kita tengok bagaimana Rasulullah SAW makan sehinggakan baginda tidak pernah menghidapi sakit perut disebabkan makanan. Nabi Muhammad SAW biasa memakan roti yang diperbuat dari gandum asli . Gandum sempurna ( whole grain wheat ) berbeza dengan tepung gandum yang telah diproses kerana kadar protein , serat dan vitamin E yang tinggi. Kajian sains menunjukkan jika kita makan roti yang diperbuat dari gandum asli, risiko untuk mendapat penyakit jantung adalah rendah."

Disini kita tahu bahawa Rasulullah amat menjaga pemakanan serta kaedah pemakanan yang menjadi ikutan atau sunnah. InsyaAllah kaalu diamalkan kita akan dijauhi penyakit spt sakit perut dsbnya.
Rasulullah SAW pernah mencegah kita makan ikan bersama daging kerana akan cepat dapat penyakit. Mengapa??? Ini kerana dalam makanan darat seperti daging dan ayam mengandungi ion positif ( + ) sedangkan dalam makanan laut seperti ikan pula mengandungi ion negatif ( - ). Kalau ikut teori sains pula dua ion ini akan menarik satu sama lain. Jadi, jika kita makan ayam bercampur ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Kesannya sakit perut dan juga akan menyebab perut kita buncit atau boroi.

Bagaimana nak atasinya?
Berikut adalah beberapa amalan Rasulullah SAW dan tips-tips pemakanan yang boleh diamalkan:

* jangan makan SUSU bersama DAGING
* jangan makan DAGING bersama IKAN
* jangan makan IKAN bersama SUSU
* jangan makan AYAM bersama SUSU
* jangan makan IKAN bersama TELUR
* jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
* jangan makan SUSU bersama CUKA
* jangan makan BUAH bersama SUSU contohnya koktel
* jangan makan buah-buahan setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu
* jangan sesekali abaikan makan malam. Anda pasti cepat dimamah usia dan kolesterol dalam badan akan berganda


Amalkan:
1) Makan buah sebelum makan nasi
2) Menu daging sentiasa dengan oren jus (atau jus yang kaya dengan vitamin C)
3) amalkan makan dengan tangan 
4) amalkan jilat tangan selepas makan kerana tangan hasilkan enzim yang diperlukan dalam proses pencernaan.

Dalam ilmu ilmu sains, setelah nasi masuk ke dalam perut kita maka akan dihasilkan L-Tryptophan, iaitu asid amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B. Niacin sendiri akan digunakan untuk membuat serotonin, zat penghantar signal di otak yang boleh menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita rasa mengantuk. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin, yang akan menyimpan makanan di dalam tubuh.

Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk. Itulah sebabnya mengapa sebabnya selepas makan berat biasanya kita akan mengantuk dan ingin tidur. Perlu diingat, buah merupakan bahan makanan yang mengandungi fruktosa yang dapat menimbulkan peningkatan kadar insulin. Dan untuk itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi kerana untuk mengelakkan kerja berat dari pankeras menghasilkan insulin.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Kita tentu pernah melihat epal yang sudah dikupas kemudian terlalu lama dibiarkan maka lama-lama akan kuning dan boleh membusuk. Itu baru hanya terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita? Sudah pasti buah akan membusuk sebelum sempat diproses.

Anak anda sembelit? Kurang Selera makan? Baru pulih dari demam teruk? Beli Meal Shakes? Apa itu Meal Shakes dan Apa Kata Mereka yg dah Cuba...

Kali ini saya ingin berkongsi kebaikan suplimen Shaklee Meal Shakes. Pernahkah anda tahu kebaikannya? Umumnya Meal Shakes boleh diambil oleh semua peringkat umur bermula dari kanak2 berusia setahun dan ke atas. Saya ada menerima email baru2 ni dr Puan Suhaila,
Salam sis..Sy pengunjung setia blog mamabusyra dan ada terbaca mengenai produk shaklee MealShake...anak saya sgt susah nak mkn.. tidak berminat untuk makan. Hanya 1 2 suap sahaja dia akan makan dan selebihnye dia akan bermain2 (mngelak apabila disuap). Sy beri pelbagai vitamin dan mcm2 resipi sy buat untuk membantu anak sy berselera makan. Tapi dia lebih suka makan yang ringan2 seperti biskut, roti, wafer.. Adakah produk MEALSHAKE berkesan untuk membantu selera makan anak saya? Hope sis dpt membantu..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan segera saya : Biasanya saya akan syorkan MealShake... tapi anda perlu tahu..apa itu MealShakes.. apa kebaikannya.. dan apa kata mereka yang dah mencubanya..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang dgn baik...Bagi ibu-ibu yang mempunyai lebih budget, adalah sangat digalakkan untuk membekalkan anak-anak dengan minuman MEAL SHAKES dari Shaklee. Dengan kehidupan aktif anak-anak, mereka kurang mempunyai masa untuk duduk dan menikmati makan dengan sempurna. Oleh yang demikian Shaklee Meal Shake merupakan initiatif yang bagus dalam memastikan kita dapat membekalkan nutrient dan mineral yang penting untuk tumbesaran anak-anak kita.

Apa itu Meal Shakes?
Shaklee Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat. Pilihan protein soya terbaik anda. Setiap bancuhan MealShake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Naturally good nutrition n great taste. No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..
  • a wholesome instant breakfast
  • a delicious,inexpensive meal in hurry
  • a nutrition packed meal supplement
  • a detectable snack any time
  • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholestrol and sodium

Siapa yang perlukan Meal Shake?
Basically, ia sesuai utk semua kanak2 terutamanya yang kurang selera mkn atau yang sembelit atau pun kanak2 obese. Juga sesuai utk sesiapa sahaja (Ibu2 mengandung,menyusu,pesakit2 dlm proses pemullihan selepas operation, mereka2 yg inginkan kulit cantik, ingin kekal sihat). Especially yang tak gemarkan supplemen dalm bentuk tablet kerana Meal Shakes ni datang dlm bentuk serbuk,dibancuh jd minuman yg lazat. Meal Shakes ini juga bagus utk mereka yang ingin menambah/memantau berat badan..

Apa kata ibu2 yg dah try Meal Shakes?
Akhir kata..Jika kita mampu membeli pakaian, brg mainan, buku, dan mcm2 utk anak kita.. tak salah jika peruntukkan sebahagian duit utk perkembangan minda dan fizikal anak2..Ianya pelaburan terbaik utk si manja..

Berikut sebahagian feedback Ibu2 yg gembira dgn perkembangan anak2 mereka yg mengambil makanan tambahan di atas: (dipetik dari group ekslusif customer2 kami di Shaklee Golden Lounge)





Anda bagaimana? Masih tercari2 makanan tambahan yg terbaik untuk anak anda? Saya dah kongsikan fakta2 dan pengalaman ibu2 yg telah memilih MEAL SHAKES utk keluarga mereka... 
Pilihan di tangan anda.. Syukur saya dah menemukan yg terbaik utk saya dan keluarga saya..
Ingat ya..kesihatan anda bermula dgn nutrisi yang baik... 

Setiap pembelian anda di mamabusyra.blogspot.com anda layak menerima hadiah istimewa * (T&C ), Jadual Makan & Tips Eksklusif, Konsultasi Percuma dan anda dijemput ke 
Exclusive Closed Group di Facebook.

Kepada sesiapa yang berminat utk mendapatkan Suplemen Meal Shakes Shaklee, 

boleh refer CARA ORDER | sila PM di Facebook saya Jad Ajad | sms - 0194608797 | 
PM di FB Fan Page | email - mamabusyra@gmail.com | Order sekarang untuk nilai berbaloi-baloi pada harga ISTIMEWA sempena MEAL SHAKES APRIL PROMOTION !!*PERCUMA KOS PENGHANTARAN + FREE GIFT* 
Berminat?? Segera hubungi saya..
*Disclaimer
 
*Healing Crisis
Saya menjemput pengunjung2 blog saya utk mendapatkan perkongsian ilmu selanjutnya dgn cara
LIKE  WeLOVEHealthyLifestyle fan page di Facebook
Kami sentiasa update info & tips berkaitan kesihatan, penyusuan, kehamilan, keibubapaan dan sebagainya dari masa ke semasa 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...