Pengambilan Suplimen salah satu TIPS Tingkatkan Susu Ibu

Ibu yang sihat bermula dengan pengambilan nutrisi yang betul. Sememangnya dalam memberikan yang terbaik untuk yang tersayang, para ibu perlu menyayangi diri mereka terlebih dahulu. Diri perlu dijaga, dibelai dan dimanja umpama menyayangi insan tercinta. Justeru, pengambilan suplimen selain maknan seharian adalah perlu bagi memastikan kesihatan diri apatah lagi bagi mereka yang masih menyusukan bayi. melihat kepada makanan ruji kita di Malaysia yang lazat namun kekurangan zat, meruntun para ibu memberikan perhatian kepada suplimen dan nutrisi untuk mengimbangi zat dalam gizi makanan seharian mereka.

Ramai yang telah mula sedar tentang khasiat susu ibu namun masih ramai yang bermasalah menyusui sendiri bayi mereka. Puncanya diri ibu itu sendiri yang malas dan kekurangan zat untuk menjana susu yang banyak serta kurang arif tentang teknik penyusuan dan nutrisi yang betul dalam meningkatkan penghasilan susu. Tambahan pula, ibu-ibu masa kini sibuk bekerja dan lambakan pelbagai jenama susu tepung (susu lembu) di pasaran merumitkan lagi keadaan apabila ramai ibu mengambil jalan mudah dengan terus sahaja memberikan susu tepung kepada bayi.

Ketahui RAHSIA Shaklee

Set Penyusuan Shaklee menjadi bualan hangat sejak akhir-akhir ini dan telah ramai mengambilnya untuk meningkatkan penghasilan susu. Sebenarnya tiada rahsia melainkan mengambil rangkaian suplimen berkhasiat agar dapat memenuhi keperluan nutrien penyusuan ibu.

Vitamin seperti Multivitamin, Protein, Vitamin C, Vitamin B Kompleks, Kalsium, Asid Lemak Omega 3, dan Alfalfa perlu diambil bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan ibu dan anak. Tambahan pula bulan puasa semakin menghampiri. Sudah tentu ibu-ibu perlu bersedia dari sekarang memastikan badan segar dan tidak lesu sepanjang seharian berpuasa selama sebulan agar susu mencukupi untuk bekalan makanan paling berkhasiat dan termahal di dunia ini.

Anda pasti tidak akan menyesal kerana di samping anak membesar selari dengan khasiat yang diperlukan, para ibu turut mendapat manfaat kesihatan daripada tempoh perjalanan penyusuan yang lengkap selama dua tahun seperti mengelak penyakit kanser ovari dan payudara. Anda disarankan untuk menyusui bayi secara eksklusif selama enam bulan dan meneruskannya dengan makanan tambahan (solid food) sehingga bayi mencecah usia dua tahun. 

Marilah bersama Shaklee mencipta kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat untuk semua dan sesiapa jua boleh mengamalkan rangkaian suplimen bermutu tinggi seperti di bawah ini. 

Highly recommended Set 3M : 012 4494611


Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang hamil dan menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

MULTIVITAMIN (VITALEA with iron formula)
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

PROTEIN (ESP SOY PROTEIN)
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

VITAMIN C (SR VITA C PLUS / CHEWABLE VITA C)
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

VITAMIN B KOMPLEKS (B-COMPLEX with acid folic)
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

KALSIUM (OSTEMATRIX with vitamin D & magnesium)
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

ASID LEMAK OMEGA 3 (OMEGA GUARD)
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti ganguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

ALFALFA (ALFALFA COMPLEX)

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K,A,B1,B6,C,E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Antara koleksi testimoni dari ibu menyusu,


Kami kagum dengan kegigihan dan usaha murni ikhlas lillahitaala Puan Yasirulmazni yang merupakan seorang ibu bekerja. Pokok pangkalnya usaha.. Sejauh mana kita mampu untuk terus usaha dan berusaha! Jadi ibu nih kena rajin lah yer.. Rajin mengepam/kosongkan breast, jaga kebersihan, jaga pemakanan, jaga amalan rohani dsb... Ok ni gambar kiriman beliau stok EBM (express breast milk) utk menampung keperluan anak sulungnya yang semakin hari semakin demand kuantiti susu. Biasalah budak membesar.. Lagi plak susu maknya lemak berkrim dan penuh khasiat.. 
Kepada anda yang mempunyai kekangan budget untuk mendapatkan set lengkap suplimen penyusuan (set 3M) sila hubungi kami. Kami mempunyai beberapa cadangan/optional mengikut kemampuan dan keperluan anda. 

Order dengan kami beserta KONSULTASI PERCUMA dan ada lagiii.. sila hubungi kami ya.. 

For Info & Order,
PM fb | sms/whatsapp 012 4494611 
email : mamabusyra@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...